aku baru balik dari 'Bubble Party'. yeahaha! party rock anthem bebeh! terrrrbaikkk! thanx to the host. tak sia-sia malam nih.
sebelum party, mesti la kena makan2 dulu, baru shiokk nak enjoy. memang terbaik! ayam goreng rempah, sambal udang, sambal goreng (masakan jawa), nenas masak lemak, ditambah lagu ulam-ulaman cicah ngan sambal belacan dan tempoyak (aterrrr, orang Perak la katakan). air memang sempoi. tak beralkohol dan memabukkan, sirap ais! pergghhh! menusuk kalbu.
oh, sebelum makan-makan, ada hiburan. otai-otai buat show cakap kau. orang lama punya penangan memang pergghhhh! nak melepas 'gian' la katakan. tak terlawan orang muda. yang nih memang aku salute habis. terrrrbaiiikkk laa.. penuh satu rumah. 2 buah khemah kat luar pun penuh! tak cukup khemah, ada yang sanggup berdiri, semata-mata tak nak lepaskan peluang, bukan senang nak tengok 'show' camnih.
yang datang tuh bukannya orang-orang bujang je, yang berkeluarga pun bawak anak-beranak datang. berbondong-bondong motor bersusun, dah macam konvoi je lagi. masing-masing tak nak kalah cakap kau. yang lelaki standad la pakaian nya, beju melayu, kain pelikat ngan kopiah. yang geng mak-mak nih, aku tak payah explain panjang kot. dari tudung bawal ke tudung Hana Tajima, semua ada belaka.
'show' malam nih dimulakan dengan Ummul Kitab, al-Fatihah. lepas tuh, selawat, dan terus dengan lagu-lagu yang dah otai-otai ni setting. nak kata berzanji, macam bukan, marhaban pun ada la bunyi-bunyi sikit. maklumlah, aku jahil bab2 nih, kalau kenduri bercukur ngan naik buai tuh orang nyanyi lagu apa ae? sah-sah bukan lagu Siti Nurhaliza kan? hakhak!haa, kira itulah 'show' nya malam nih. ngeh3.
dah kering tekak, baby yang terkejut tiba-tiba ramai pulak yang datang melawat siap nyanyi lagi untuk dia pun sambung tidur balik (dah itu je kerjanya, kalau tiba2 gi tolong aku ngecat tak ke pelik?), acara makan-makan pun bermula. terrrbaiiikkk. menu aku dah sebut tadi kan.
dah siap makan, mesti la nak balik rumah masing-masing kan? buat nya nak bantai tido kat umah kenduri apa kejadahnya? tapi balik bukan dengan tangan kosong. adat la orang buat kenduri kan? even kalau kenduri bertunang pun siap ada bunga telur, apatah lagi kenduri bercukur? maka pulanglah para tetamu dengan ucapan tahniah kepada tuan rumah dan 'duit salam', dan jugak 'berkat' daripada tuan rumah. yang anak-anak kecik siap dapat 'duit raya' daripada tuan rumah. raya apa aku tak taw. tapi, ada la jugak dapat dalam seringgit dua. budak-budak takleh pegang duit banyak-banyak, nanti yang bukan-bukan dibelinya.
haaaa, ater kalau dah tetamu balik rumah, yang tinggal kat rumah kendurinya apa lagi, pinggan mangkuk periuk belanga la dik. kalau makan dalam pinggan polisterin, dibuang terus je la. tapi, disebabkan tuan rumah punya kesedaran sivik yang tinggi dan mencintai alam sekitar, maka pinggan plastik digunakan. siap ada corak bunga-bunga kot! tak main la pinggan plastik yang budak-budak main masak-masak tuh. nak guna pinggan kaca kang ada yang pecah berderai. kalau tercucuk kat kaki kan berdarah jadinya.
maka, bermulalah 'Bubble Party' aku. hikhik. basuh punya basuh pinggan sampai kecut tangan ( ayat hyperbole). mesti la bosan asyik dengar bunyi pinggan berlaga je kan? tuan rumah pasang radio, channel Sinar.Fm. perghhh! sempoi. apa barang layan Hot.Fm.
dah setel party, tuan rumah tak bagi kitorang balik dengan tangan kosong. hehe. dapat la 'duit kopi' buat minum-minum. sirap ais pun da habis, maka ke kedai Mek jugak la kitorang menyinggah. antara aktiviti wajib tiap-tiap malam. rupa-rupanya Mek dah ada 2 orang anak! perrrrghhh! aku ingat kan sebaya, nyaris aku nak ngorat.
jam kat laptop dah pukul 2.05 AM, mata dah layu, kepala dah ting-tong. esok nak menghabiskan ngecat rumah yang berbaki ngan cuci rumah terus. huwaaarghh!
p/s : gambar menyusul kemudian, macam biasa.
mcm meriah je kenduri tu hg explain.hehe
ReplyDeletehikhik. buleh tahan la meriah. dah nama pun kenduri bebeh.. :)
ReplyDelete