Thursday, December 1, 2011

Laporan Pertandingan Forum IPG Kebangsaan 2011

Pada 18-20 November 2011, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, telah berlangsungnya Pertandingan Forum Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan buat julung kalinya. Sebanyak 27 IPG di seluruh Malaysia layak menyertai pertandingan ini namun hanya 9 buah IPG sahaja yang mengesahkan penyertaan. Antara IPGs tersebut adalah Kampus Ipoh, Kampus Sultan Abdul Halim, Kampus Pulau Pinang, Kampus Teknik, Kampus Bahasa Melayu, Kampus Ilmu Khas, Kampus Tengku Ampuan Afzan, dan dua buah kampus daripada Borneo iaitu Kampus Gaya dan Kampus Keningau.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat saringan, sebelum ke peringkat akhir. IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diundi bersama Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Kampus Teknik pada saringan peringkat pertama. Bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa, ahli panel telah mengupas tema tersebut dengan jelas dan baik. Di tambah lagi dengan sokongan padu oleh Tuan Pengarah IPG kampus sendiri, pasukan IPG Kampus Sultan Abdul Halim berjaya layak ke peringkat seterusnya bersama Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Pada peringkat kedua, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diundi bersama IPG Kampus Bahasa Melayu dan Kampus Ilmu Khas. bertemakan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera, IPG Kampus Sultan ABdul Halim berjaya mendapat markah sebanyak 875 markah, dan melayakkan diri ke peringkat akhir bersama-sama Kampus Ilmu Khas, Kampus Gaya dan Kampus Tengku Afzan.

di peringkat akhir, Kampus Sultan Abdul Halim telah mendapat giliran yang pertama. berbekalkan azam, doa, semangat dan harapan yang dititipkan, tema Ketidakamanan Dunia Sejagat telah berjaya dikupas dengan baik. majlis penutupan telah dirasmikan oleh penasihat MB Perak.

keputusan peringkat akhir diumumkan. Kampus Gaya telah menjuarai pertandingan kali ini, juga membolot hadiah Ahli Panel Terbaik dan Pengerusi Terbaik beserta wang tunai RM600. Kampus Sultan Abdul Halim mendapat tempat ke-4 keseluruhan. keputusan hakim juri adalah muktamad. walaubagaimanapun, alhamdulillah syukur, ini bukan menandakan perjuangan Kampus Sultan Abdul Halim telah pun berkubur di sini, tetapi ia adalah kejayaan yang tertangguh.

berjumpa lagi pada pertandingan forum akan datang. sekian.

Melaporkan secara tidak rasmi
Alang Ridhwan.


p/s: gambars menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

madah berhelah