Sunday, December 4, 2011

ke utara ikut jalan bawah

means, X naik highway. yup, guwa baru sampai, baru udah mandi, semayang, n online.

tak pernah2 lagi aku ke utara ikut jalan bawah, direct dari Perak, terus ke Penang, Kedah. selalu naik highway dari Kuala Kangsar, hari nih naik ke Taiping, lepas tu ke mana menghala aku tak tau. sebab bukan aku yang drive.

standard kalu naik jalan yang biasa lalu, dari rumah, dalam 3jam setengah. hari nih nak ke Alor Setar, jadi 5 jam! 5 jam weih! sebagai penumpang berhemah, guwa mengikut kan je la.

menghala balik, entah macam mana boleh sesat kat Penang. lepas lalu Butterworth, jumpa Butterworth lagi. aih, berapa banyak Butterworth doe?! ni la gara2 tak nak bayar tol punya pasal. ikut jalan bawah,  entah ke mana perginya.

tapi alhamdulillah, semuanya selamat, pergi dan balik.

letih, itu biasa, normal. tapi sebab perjalanan lebih lama daripada biasa, haaa, amik kau. pening, lalok, tingtong, 'petak', mual, apa semua ada.

btw, selamat pengantin baru buat semua yang mendirikan rumah tangga dihujung tahun ini. tahniah, semoga kekal bahagia selamat sejahtera dunia akhirat, ke anak cucu cicit dan seterusnya. bagi yang dah dan nak bertunang, anda telah setapak maju dihadapan berbanding orang2 macam guwa.  InsyaAllah, jodohnya diberkati dan dirahmati, ke jinjang pelamin jua nanti, InsyaAllah. juga kepada yang dah 'berpunya', tak payah tunggu lama2, nanti bil air tertunggak banyak, susah!  dan kepada yang duk membuaya single dan belum berpunya, InsyaAllah, ada jodohnya, tak didunia, ada yang menanti di syurga, InsyaAllah.

credit to Google.

No comments:

Post a Comment

madah berhelah