Wednesday, December 7, 2011

part time

bukannya apa, duk rumah sesaja kalau cuti lama sangat pun jadi 'cramp' jugak aku. kalau kat maktab, takdak duet, buleh la calling2, mintak dihulur. ater kalu dah duk rumah time cuti, lagi nak mintak duet sesaja? dapat pelempang lagi ada. so, kena la cari kerja part time. cari duet lebih sikit, nak topup, lepak2 minum malam kat kedai Mek Klate, duet rokok, apa ada hal. berdikari sikit demi sikit. merasa betapa susahnya nak dapat kan sesuap nasik RM1. susah woo!

sejak dari kecik lagi, Ma ngan Abah dah latih suruh cari duet, ke kena paksa? lebih kurang la. kalau time skolah rendah, kena ikut gi bendang, tolong angkat baja, tolong angkut racun, masuk sawit, kutip biji buah sawit yang relai (lerai), haa, kira sawit ngan bendang nih, boleh kata sebati la ngan jiwa. tapi bukan sawit ngan bendang sendiri pun, itu harta pusaka Tok aku, MakLong pun ada sawit sikit, buleh la kalau setakat nak kutip biji. ada la hasil sikit.

membawak ke sekolah menengah, pun masih rutin yang sama. cuma kali nih, kerja nya lebih sikit la kan. aterrr awok dah besor, takkan la nak buat kerja2 ringan je kan? asal balik cuti sekolah, X sah la kalau tak masuk bendang, takpun kebun sawit Tok ngan MakLong.

dan ayat yang paling aku rasa cam tak buleh belah, time pepagi lepas subuh, waktu nak masuk tidur balik, Ma akan cakap, "Alang, Abah ajak gi bendang/kutip biji kat kebun MakLong". alah, padahal abah tak cakap pun, Ma yang beria suruh pegi cari duet. kira, lagi better la duk rumah perabis beras je kan?

dan bila dah masuk 'alam lepas remaja' nih pun, masih buat benda yang sama. daripada pokok sawit tuh rendang je, sampai la tinggi melangit, kutip biji sawit jugak aku. ada pokok kecik, aku nak 'chop'/potong sawit, tak dapat derr, sebab aku X reti. tapi Acik terer! haha! tak guna punya Alang. tapi takpa, janji kerja jalan, dapat hasil, mesti la Acik dapat lebih, sebab aku tukang tolak buah keluar je.

tapi apa ada hal. dah nama pun duk kampung. nak kerja dalam air-cond, susah la. ada la sekali, kerja waktu lepas habis SPM, haa, itu memang terbaik. kerja kat tempat timbang lori padi keluar masuk. masuk kerja pukul 9, habis kerja tak menentu. kalau setakat balik pukul 4pagi, itu biasa. makan apa semua orang bagi, rokok boleh paw kat drebar lori. tadahal. sekotak, itu hari2 ada, bukan brand bodo2 seludup, DUNHILL tuh kira standad lar.

kalau masuk bendang, paling koman pun Abah belanja makan kat kedai Mee Siam. boleh tahan padu lar. takpun minum2. paling masyuk buleh dapat duet cash, kena masuk kebun sawit, kutip biji sawit daripada tandan yang jatuh relai tuh, tak pun potong buah sawit. kumpul2, jual kat kilang, dapat la duet terus. tapi tak menentu harga sawit. kena harga sawit murah, sakit la badan. tapi kalau harga sawit tengah naik, memang terrrbaiikk!! syook!! ada sekali harga sawit 1 tan dalam RM800! mahal tuh! kena pulak waktu tengah bulan puasa. sanggup Ma ngan Abah pergi berdua masuk kebun sawit kutip biji. sebab aku ngan Acik takda kat rumah. sampai Ma demam2 lar.

selain kutip dan potong sawit, ada jugak tanam sawit baru. Pak Njang beli tanah, so nak buat tanam sawit. Memang terbaik dia bagi. tanah tak rata, baru lepas tarah, nak tanam anak pokok cara manual habis. korek tanah mesti la guna cangkul n penyodok kan, memang azab dunia doe! dah macam menggali di tanah gersang rasanya. kalau tak salah dalam cuti hujung tahun 2009. haha! betul la tuh. korek tanah 1 hal, nak membawak anak pokok sikit demi sikit lagi 1 hal. kereta sorong takda, memang naya! tanah dalam 2 ekar, dalam seratus lebih kot anak pokok kitorang tanam, aku, Acik, Abah, ngan Ma. pergghh!!! punya penat la hari siang bekerja keras, waktu malam tidur awal. punya la bekerja, sampai nak bermesej dengan yang tersayang pun tak terbalas. mau cik awek tak merajuk. dah la duk jauh, nak online jauh sekali, nak banding dengan sekarang, mesej pun lebih kurang sebab kadang2 aku tertidur tiba2, nak kol apatah lagi. kesian cik awek. tapi takpa, itu cerita penghujung 2009. (macam pernah sebut je ayat ni sebelum nih?)

dan, kepada semua yang bekerja hanya sebagai part-time, teruskan lah kerja anda dengan hati yang murni. tambah lagi kalau yang kerja kampung, yang lebih 'hardcore' daripada aku lalui, tabah lah hati. bak kata pepatah, 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah'. sebutir beras ibarat setitik peluh petani, apakah?

dan ya, badan aku tengah sakit2 sekarang. siang tadi dari jam 9pagi sampai pukul 4petang baru sudah mengutip biji, makan tengah hari pun dalam kebun je, Abah belikan mee goreng sama teh ais. letih woo!

contoh biji sawit yang dikutip, credit gambar  to blog ini.

menge'cop' sawit ada caranya, kalau tak sakit badan, pokok jadi bantut. biji kena kutip, dapat duet lebih. credit gambar to  blog ini
tolak buah sawit. credit gambar to blog ini





No comments:

Post a Comment

madah berhelah