Thursday, December 15, 2011

hiburan

cukur misai tengah2 malam. amik kau, berdarah! shaver bagi 'good night kiss' kat aku. padan muka.

"ni apsal tetengah malam baru nak balik? melepak ke mana?" kata Ma

"alah, lepak ngan Ijam kat kedai yang selalu kita makan tuh. minum2 je. tak beralkohol dan mabuk. jangan risau. tak sampai masanya lagi" pandai aku menjawab, kan?

sembang kosong. planning nak buat apa hari kemudian. gosip2, bukak cerita lama, sembang pasal moto, hal semasa, minum, ushar Mek yang jaga kaunter, apa ada hal? 

seminggu dua lepas, guwa melayan lagu artis lelaki dari Korea. satu grup je yang betul2 guwa dengar lagu dia, Super Junior. hakhak! duk membahan Teha n Ayang layan citer Korea, last2 aku pun layan Korea jugak walaupun sekadar sebuah lagu dua. siap suruh teha donlod kan citer Super Rookie. sengal dan sungguh tak berpendirian tetap betul aku. tapi tak kesah la kan, yang penting dapat menghiburkan hati yang lara. daripada duk melayan perasaan yang entah apa2, at least, layan artis lelaki Korea yang aku label-kan sebagai Mat Jambu yang kalau dipakaikan tudung memang jadi perempuan, kan terhibur jugak hati? tak jadi dosa kan? dan jugak artis wanita daripada Korea yang super duper chumel seperti WonderGirls dan Girl's Generation, amboih, comel betul. makan apa diorang nih? 

tapi, melayan sekadar menghiburkan hati, 'mencuci mata', dan suka-suka. bukannya tengok diorang berlandaskan nafsu serakah, sampai nak terjojol bijik mata. tidak sama sekali. alhamdulillah, masih dapat mengawal nafsu dan perasaan, insyaallah. 

dan dalam minggu nih, aku kembali mendengarkan lagu-lagu rock keras daripada abang-abang daripada kumpulan System Of A Down (S.O.A.D). member aku cakap diorang menyesatkan. sebagai contoh dalam lagu B.Y.O.B

"Everybody’s going to the party have a real good time.
Dancing in the desert blowing up the sunshine.
Everybody’s going to the party have a real good time.
Dancing in the desert blowing up the sunshine. "


dalam lagu Soldier Side

"They were crying when their sons left
God is wearing black"





cukup2 lah tu. mendengar alunan-alunan ayat suci dari Kitab yang paling mulia, memahami dan menjiwai, mendengar irama lagu-lagu nasyid yang bertemakan keTuhanan yang tidak melalaikan, membaca tafsir kitab hadis, kitab para 'ulama, dan paling tak pun, baca artikels dekat ILuvIslam.com kan lebih baik? Inysaallah pahala pun dapat kan? sejuk perut mak mengandung..

Insyaallah. kerja mengecat rumah anak mak angkat aku akan selesai dalam hujung minggu nih. esok cuti! nak kena menolong kenduri naik buai cucu ke - 4 dia, lepas tuh setelkan kerja yang berbaki.

No comments:

Post a Comment

madah berhelah