Saturday, April 30, 2011

kahwin

dengar cerita ada beberapa orang teman dah ready nak kahwin.. alhamdulillah. yang penting, dah pergi kursus kahwin, gunakan la ilmu tu nanti. tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan yang telah berjaya mengikuti kursus kahwin. haa, nak kenduri nanti jangan la buat2 lupa nak ajak aku. jangan risau, tak de nye aku nak mentekedarah sampai habis nasik minyak kau.! haha!

aku kahwin? entah, tak berani nak cakap. jodoh ajal maut kat tangan Tuhan. biar la dulu. yang penting, tomorrow gonna be a tough ride. muda, itu yang aku rasa. hehe. :) sport rim da sembur cat baru. minyak hitam pun da tukar. baru basuh lak tuh, insyaallah, ada rezki, ada jodoh, sampai la maktab esok. kalau tak sampai, doa kan la aku kat 'sana'.

kahwin. entah la. few months back, i had a damn bad experience n expression about marriage. the couples who were in lovely harmony family, had a fight with each other right in front of me. everybody shout. the papa, the daughter, n the mama likes to blame each other. it's not good, really. i felt more than sad. i had a bad dream n trauma after the incident. so, what do you expect from me? be serious in relationship? get marry soon? i don't think so. perhaps.

Friday, April 29, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada

jarak dalam lebih kurang 277Km, perjalanan mengambil masa dalam 5 jam kalau cuaca cerah termasuk isi minyak.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan petir kilat di tengah hari.

dah selamat sampai rumah. penat, ting-tong, kepala 'weng', pening, sakit-sakit badan, semua ada. bagi mengelakkan di leteri oleh Puan Mama, jangan sebut 1 benda pun perkara tersebut di hadapan beliau. faham! biarlah basah lencun berdarah macam mana sekali pun, jejak kaki je ke rumah dengan moto, senyum la selebar mungkin, hulurkan tangan, cium tangan beliau dan tadah telinga.

"amik, nak sangat balik naik motor. biar basah sampai rumah. seronok sangat la dapat mandi hujan tuh!" leter Puan Mama.

"ala ma, biar la dia, jiwa muda. kena hujan air sikit apa ada hal. janji dah selamat sampai :)" back up oleh Acik.

"tadi berenti isi minyak kat mana? hujan lebat teruk tak? motor camne, ok?" tanya Tuan Abah.

alhamdulillah, selamat sudah sampai rumah. rindu rasa.

ok, few tips for amateur riders like me. if u want to have a long distance journey.


sebelum

  1. rancang perjalanan anda. know your routes. which junction u want to take. which roads had not taken. haha!
  2. pastikan kenderaan (motosikal) dalam keadaan yang baik dan kentar. 
  3. isi minyak bagi penuh. 
  4. prepare duit yang mencukupi dan lebih. standby kalau apa2 nak jadi.
  5. air minum, roti, coklat, untuk bekalan tenaga segera.
  6. sebelum nak gerak keluar, baca doa naik kenderaan. package, mengucap sekali.
semasa
  1. relax, jangan gelabah.
  2. control speed. alert, minyak dalam tank tinggal berapa.
  3. isi minyak full sentiasa. tak rugi. dats y suruh prepare duet lebih. ada paham?
  4. selisih dengan lori treler 20 tayar? hati-hati. jaga jarak. jangan nak main cucuk2 ngan lori tuh. (mengucap banyak2 der)
  5. penat? mengantuk? letih? rilex dulu, klu naik highway, lepak kat R&R, pekena kopi tarik, nasik lemak, rokok setengah kotak, oh ya, jangan lupa semayang.! kalau perlu, mandi kasi segar sikit. itupun kalau.
dah sampai..!! hoyeh!!!
  1. ucaplah alhamdulillah. dah selamat sampai kan
worst case scenario could happen
  • hujan secara mendadak. hati2, jalan licin, kereta+lori bukan nak kira orang dah, main redah je, so, better lepak dulu bawah jambatan kt highway tuh, tak pun kat mana2 hentian or kedai makan. lepak dulu der, bagi reda sikit. ni kalau hujan ribut petir pun nak redah, agak2 la, tak sayang nyawa ke? baik stop mana2 dulu.
  • minyak habis! adoyai. lain kali, spare minyak siap2. bawak dalam 1 botol besar tuh, ape de hal, nak jalan jauh kan.
  • tayar pancit! haa, yang nih tak dapek den nak nolong nye haaa.. macam kes aku, ade pakwe-makwe nih motor diorang tayar pancit. berjalan la si makwe tadi, si pakwe tolak motor. cian pulak aku tengok si awek, aish, kang kalau aku berenti kang, angkut balik hotel pun ok gak! bil air dah lama tertunggak.. hehe..
  • dan banyak lagi perkara yang mungkin berlaku. berdoa la supaya tak de masalah yang kena. penting tuh!
  

Wednesday, April 27, 2011

rohani dan jasmani

lapangkan minda,
tenangkan jiwa,
sejukkan hati,
penuhi keperluan,
kawal nafsu,
buat refleksi kendiri,
percaya pada kekuatan diri,
perbaiki kelemahan yang ada,
berfikir di luar kotak,
carilah ketenangan hakiki,
berserah pada-Nya

yang ikhlas
ridhwan...
(Buaya Darat Never Dies)

Tuesday, April 26, 2011

Lesen oh Lesen


hari ini, pergi teman Rahimi pergi buat latihan kereta. bukan berlatih drift ke apa, belajar memandu, baru amik lesen la senang citer. tak pe Mi, lambat camne pun amik lesen, janji kita gi buat lesen guna duet halal dan tak syubhah, bukan duit hasil rompak ke ape. biar la orang kata amik lesen dah lambat, tapi mung (kamu dalam bahasa Terengganu) kena ingat, ada makcik-makcik yang baru amik lesen macam mung jugak. maknanya, dia lagi lambat nak amik lesen sebab dia lagi tua.hehehe. mungkin makcik tu ada anak perempuan yang comel dan masih single? itu kita tak tau. nanti kita selidik ae.

ok, berbalik kat tempat latihan tadi, u done a nice job bro. haha! dengar cerita kena marah, maki hamun,carut-carut pe suma. haha! tak pe Mi, mung budak baru belajar, dia nak nganjing kat mung je tuh. entah-entah stress kat rumah, dia lepas kan kat mung. haha! release tension la tu. paling tak tahan, macam mana buleh mati kereta kat atas bukit tuh? hadoi! rugi betul aku tak sempat nak rakam! tapi takpe, baru belajar, nervous tu ada lagi. testosterone adrenalin yang mengalir dalam badan tak terkawal tuh. rilex-rilex.

even zaman aku belajar dulu pun, kereta tu mati sekali je kot, sebab minyak habis (alasan tak buleh blah). haha, kena marah dengan instruktor, aku pun pernah kena. ada jugak time  latihan, sembang-sembang hal politik itu dan ini. dah la aku beginner time tuh, tak fokus pada pemanduan, nasib baik tak eksiden!!!! tapi sekarang da terer ckit, buleh la nk drive sambil ushar awek kat sebelah.. haha!


btw, kepada anda-anda yang masih belum mempunyai lesen memandu yang sah, silalah mendaftarkan diri di pusat-pusat latihan memandu yang berhampiran. ingat, lesen memandu tu penting. tak kisah la lesen motor ke kereta ke. jap gi kena tahan dengan polis trafik atau JPJ, jenuh la nak bayar saman sebab tak dak lesen. saman ekor lain cerita. hangpa terer drift macam mana pun, sat gi kot la eksiden mana-mana (bukan nak mintak), dah menyusahkan mak bapak dan semua orang. senang kalau dah ada lesen, hang ni meroyan nak meronggeng ke mana pun, ikut suka hati hang la. yang penting, lesen kena ada, berhati-hati di jalan raya, jangan jadi hantu raya, selamat hari raya. :)

nak amik lesen lori pulak pas nih

Edwin the instructor (manyak langsi maaa)

masih pucat dan letih

mee goreng yang terbaik!

licin, x tinggal seurat mee pun
belajar parking

tengah kena bebel.. hakhakhakhak!!!!!!


gambar hiasan

Sunday, April 24, 2011

pilihanraya

keputusan rasmi, aku kalah dalam pilihanraya JPP.

pedulikan itu semua..

sedih? yup.
sayu? yup.
kecewa? ada la sikit.
gembira? hoyeh!!!

seriously, aku tak bertanding untuk menang, tapi jugak bukan untuk kalah. tak mengapa, ini bukan kali pertama aku merasai kekalahan. ini tak melemahkan shahwat semangat aku. aku terima kekalahan dengan terbuka dan tenang. muahaha!!!

ok, berbalik kepada pilihanraya, aku pun macam da buat post-mortem. dah tengok cermin puas-puas. jujur, aku tak begitu bersemangat untuk bertanding. poster pun berapa keping je, manifesto tak cukup padu, juniors tak berapa nak aku dekati. antara lain, ada 'orang' cakap kat aku, 'calon-calon untuk wakil TESL nih tak berkaliber, tak join BADAS, muka aku macam ahli neraka'.. haih, nak buat macam mana, orang tak suka, tak kan la nak paksa. tapi aku terima ini semua. betul jugak apa yang 'orang' tu cakap,  aku x join BADAS, surau tuh memang jauh la daripada blok aku nih, semayang pun entah Tuhan terima ke X, ahli neraka? entah la.

takkan la nak pergi serang orang tu kan, eh, kamon lar, IPSAH ni besar sangat ke nak gaduh-gaduh? tapi yang aku tak berapa nak berkenan, kenapa orang tu nak cakap yang kami yang calon untuk mewakili TESL nih x berkaliber? oh my. itu tak boleh. aku bukan nak defend diri sendiri ke apa, tapi, statement ini seakan mencabar kami yang menjadi calon nih. it's fine, kalau cakap aku macam tuh, aku pun tak rasa yang aku ni berkaliber, tapi nye lagi, 'orang' tu jugak seolah mencabar calon yang lagi seorang. jadi, aku ingin bertanya, adakah anda, 'orang' tersebut, cukup pekat jus testikal dan masih mempunyai 'telur' untuk bertanding dalam pilihanraya??? sekadar omongan kosong di belakang dan cuba mempengaruhi orang lain suruh undi budak-budak BADAS je untuk jadi JPP, oh my, i would like to say, 'TALK TO THE HAND LA BRO'.

kalau betul anda, 'orang' tu la kan,  cukup pekat jus testikal nya, silakan bertanding pada pilihanraya akan datang. bertanding secara sihat. jangan kaitkan undi calon dengan mana-mana persatuan yang diorang sertai. that's bullshit! tak main la nak bertanding pakai nama BADAS untuk raih undi, tak padu la. bertanding la atas nama pembaharuan, perubahan, kebajikan untuk students maktab or so what ever, ni nak main nama persatuan untuk suruh orang lain undi calon persatuan kau pulak, apa barang.! habis, Persatuan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA) yang aku join tu ko nak campak mana?

btw, tak nak emo panjang2, tak dapat sesen pun. tahniah kepada Syafik Zain (nama kat facebook), pengundi  telah bagi amanah pada anda, jalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

Saturday, April 23, 2011

hujung minggu

current mood, layan lagu raya. pilihan, Hujan ft Raihan, salam aidilfitri..

esok, pilihanraya JPP, exam Ujian Akhir Kursus utk TITAS. hadoyai.

aku suka blogwalking. jalan-jalan cari blog yang aku rasa padu, kena dengan jiwa muda, kelakar, funny, dan tak gediks or what. so, aku nak suggest kat korang baca blog nih.

personal view, ini kisah ceritera cinta seorang lelaki kepada awek nya. kelakar, sedih, dan bahasa yang sangat kena dengan jiwa muda.

next, insyaallah aku nak balik rumah minggu depan. macam da lama sangat tak jejak kaki kat kampung. mintak-mintak ada durian. dah la call rumah jarang-jarang, haih, ape la nak jadi. exam pun da dekat, banyak benda nak kena cover n recover. baik mampus sekarang dari mampus kemudian.

hari yang baik #2

semalam bangun pukul 1 tengah hari. hari ni pukul 9. bagus, ada improvement..

dah lama tak buat perangai macam nih. bagus la sangat.

malam semalam, tengok cerita Merong Mahawangsa. my comment? uhm, nice, sangat berbeza daripada cerita melayu yang lain. tak bosan macam Puteri Gunung Ledang. nice works K.R.U.. "kite jangan puji penerbit dia saja, kena la puji pengarah dia jugak" sape?? "K.R.U (-_-)"

tengok bilik, alamak, berserabut dan bersepah.. kertas tak susun, baju-baju tak basuh seminggu. boxer merata. kulit koci bersepah.

semenjak ada speaker, lain terus rasa. haha.. pasang lagu kena kuat-kuat. dapat mengurangkan stress dan kesakitan. tak percaya? cuba lah sendiri. tambah lagi bila pasang lagu korea dan tengok aweks yang gediks2 menari.. woooohooooo!!!! they make your day chill bebeh!
sorang pun aku tak kenal (-_-)"

comel doe!!! (^_^)

Wednesday, April 20, 2011

meraih undi

bismillahirrahmanirrahim..

pada 24.4.2011, akan berlangsung nya Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

bertanding bagi kerusi opsyen Tesl. insyaallah, saya akan melakukan yang terbaik sekiranya di pilih. terus terang, ini pertama kali saya bertanding dalam pilihanraya. sangat berdebar rasa. bukan bercakap kosong, tak nak sembang kencang, tak nak tabur janji yang manis. cuma, apabila amanah diberi, insyaallah, saya akan melakukan yang terbaik dan seikhlas hati.

ingat, jalankan tanggungjawab anda. undi adalah rahsia, undilah saya.

sekian.
jujur dan ikhlas,
ridhwan..




credit to teha

credit to 'R.B.D'

Tuesday, April 19, 2011

it's Teha!!


aku pernah bercerita tentang Teha sebelum nih.. ya, Teha.. gadis kelahiran Kelantan, kawan sekelas, dan teman sepermainan, ahaks! ok, i would like to story again, about Teha, 

baiklah, memperkenalkan lagi sekali, Nurul Fatihah Bt Azemi

ini Teha, adik bongsu (bayangan)

ye fellas, ini Teha. sederhana orangnya, sempoi, aku anggap macam adik sendiri. kenapa? haa, aku pun tak pasti, tapi, Teha memang mengingatkan aku kat adik bongsu aku, Nurul Ain bt Mohd Shokri (Ayang).. haha, nama pun nak dekat sama, ada 'Nurul' kat depan.. menarik kan?



ini Ayang, adik bongsu (yang sebenar)

haa, posing bergambar pun nak dekat sama.. ade 'peace' yo! kebetulan kah??? aku pun da start panggil Teha as 'adik bongsu', entah la apsal.. persamaan yang aku perasaan antara 2 orang kat atas nih, ketinggian nak dekat sama kot.  lagi, diorang nih minat baca novel, kan Teha kan???

perbezaan, of course, adik bongsu yang sebenar baru form 4, Teha, dah 20 tahun maaa..Teha minat artis korea, Ayang minat artis Jepun.

ok, back to Teha. peramah orang nye. bagus. selalu kasi semangat dan dorongan untuk aku. x rajin nak nganjing aku, tp aku suka nak pangkah dia.. haha! gurau saja.. jangan amik hati tw! sorry kalau terkasar.

akhir kata, HAPPY 20th BIRTHDAY TEHA!!! may God bless u always.

while i'm writing this entry, i can't stop laugh n cry on the same time. i don't know why. seriously, korang 2 orang nih memang special untuk aku. both of u really touched my heart, cuz i only have a youngest sister, n now i have the other one, even not from the same mom, but Teha really reminds me to Ayang. no bias fellas. 

Monday, April 18, 2011

Amirahs

YEAAAHHHHHHH!!!!! (baca kuat2..)

haha, oh Mighah, sorry, lambat nak sembang pasal hang kat sini.. ok, fellas, memperkenalkan, birthday girl, (dah lambat sangat kot), Amirah... oh ya, ada 2 orang gadis yang bernama 'Amirah' kat dalam kelas aku, so, kongsi 1 entri la korang ae, sorry taw!!!!

ok, introducing, the first Amirah, sebab dia lahir dulu, 25.3.1991

bukan yang bermisai tuh!!!!! (thnx to fb)

yeahaha, nama diberi, NorAmirah bt Abdul Rahim.. 
asal, dekat sini jugak, Sg. Petani..
status, seperti gambar di atas, sudah dimiliki, marilah kita berdoa agar kekal ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat bahagianya...

ironi, sebelum nih, kitorang pernah berjumpa, waktu Kem PRS Zon Utara, dekat Perak.. tapi, aku x sempat nak mengushar beliau, maka, Tuhan pertemukan kami sekali lagi, dekat maktab nih, siap 1 kelas lagi.. haha!!!

ok, sederhana orangnya, salah seorang pemidato yang baik, kalau present kat kelas, dah macam robot yang di programkan, ini aku sangat jeles dan salute!!!! siyes, aku pun tergagap macam ape bila present, beliau selamber badak je, tambah lagi bila nak kena speaking.. keep it on!!! ajar la orang yang tak berapa hebat macam aku nih..

btw, orangnya juga peramah, x buat bising dalam kelas, agak 'cunning', dan memiliki sebuah 'Ferrari Merah', muahaha!!! so, disebabkan beliau sudah berpunya, x perlu nak ulas dengan lebih kot..

olrait, fellas, memperkenalkan, the 2nd Amirah..

E4, senyum lebar, tunjuk gigi putih (thnx to fb)

olrait, nama diberi, NurAmirah bt Zulkifli (kalau x silap, hehe, jgn carut kat aku lak!)
berasal daripada Terengganu, (Ganu kite boh!!)
aku panggil dia, 'Mighah'.. hehe, sbb ye org Ganu kan..

olrait, berperwatakan yang garang (first impression), tapi dalam hati ada Taman Astakona Idaman, itu standed..
bagus orang nya, jujur, cakap straight to the point, x dak masalah kalau nak sembang.. 
ye, agak garang orangnya, tapi penyayang, oh, macam redundant je nih, tapi xpe, hati beliau baik, selalu menjaga, untung la bakal suami dia..
oh ya, status? urm, x berani nak jamin, mungkin sudah berpunya, itu mungkin, sila tanya beliau sendiri ok!
selalu berbeza pendapat dengan aku, tapi takpe, itu yang menarik, at least, bukak sikit 'view' kita kan?
different people with different taught, so, no offence la ae...

to this two ladies, I would like to wish Happy Belated Birthday.. hehe.. ikhlas
ridhwan (buaya darat.inc)



G226

wei! kejadah ape ko jiwang sangat kebelakangan nih.. X gentleman la syial!!!! (codename R,)

lu mmg jiwang cm f***, aku yang perempuan nih lagi macho daripada kau la lahanat...!! (codename M.A)

ok, enough! officially, setahun sudah perpisahan itu. noktah!

xde kaitan pun sebenarnya, hari nih, aku nak tunjuk situasi bilik aku.. haha, dah kemas cantek baek punya semalam, so, malam nih aku berjaya mengepau broadband Nadhir, pinjam camera Syafik, n post an entri.. HAHAHAHAHAHA!!! (evil laugh)

ada karpet terbang!!!!



ya, lihat sajalah boxer yang tergantung.. wangi der!!!! katil, oh, x berapa nk kemas macam zaman kat sekolah dulu.. haha.. kaler biru, ada corak lembu lagi!!! nyenyak woo kalau tidur malam-malam....

tedy bear? oh ya, aku beli sendiri, kat pasar malam kat Taman Ria, sempena besday diri sendiri.. ahaa, betul maaaa, muka guwa suci bersih, mana tipu... milik aku sorang saja..haa, kalau ada orang2 yang datang bilik nak lepak, berani nak usik tedy bear aku, Rahimi ngan Nadir.. ha, klu Rahimi yang nk buat main manja-manja, memang aku yang potong line, sesuka hati je nak peluk tefy orang!!!! kalau si Nadir, sama gak, aku mintak balik, peluk bantal sudaa... ye, aku kedekut...

haa, kalau anda perasan, ada benda putih bulat dekat kotak hitam.. haa, itu Tatoo 51500, aku baru beli semalam.. haha, kat PC Fair,  x la mahal sgt.. dalam RM6*.** je...

haa, LCD  kelas pun ade!! (cilake, letak atas lantai je!!! mahal tuh!!! lahanat!!!!) ok3, sabar semua... aku baru lepas mengendali kan LCD nih,  haa, da simpan masuk dalam beg n aku dah sorok kat tempat rahsia kat dalam loker, kat celah2 baju yang bergantung dah pun... jangan bagitau org lain sudah.... haha!

oh ya, buat masa sekarang, aku lebih selesa lepak2 on9 laptop dari atas katil.. sambil baring2.. tongkat dagu, peluk tedi bear, sambil guling2.. haha! mmg syok! tapi, kalau dah dati pagi sampai ke malam duk baring ats katil tuh je.. hurm, alamatnya nk patah pinggang rasa... siyes! mula la lenguh2 1 badan.. haha... padan muka!!! org dah bagi kerusi ngan meja, x nk guna... 

haa, dekat dinding, ada board.. yang nih baru je di pasang oleh pihak asrama..haha, kegunaan, buleh la klu nak tampal jadual harian kelas ke, memo2 penting ke, gambar ex awek  keluarga ke ape..so, aku pilih utk letak gambar Rozita Che Wan (RCW). haha, mmg ramai yang x puas hati bila aku letak gambar beliau.. bukan aku print, aku songlap paper kt kafe, aku gunting, pastuh tampal.. haha!!! antara wanita yang aku rasa 'hot mama' kt Malaysia.. kamon la, aku masih bujang, single, teruna dan suci dari sebarang haid dan nifas ok.. kasi chance la, bukannye aku ganggu rumah tangga orang kan????? 

botol air hijau.. haa, itu Fatu punya.. aku pinjam.. isi air 20sen.. dah jadi habit, pagi-pagi bangun, kena seteguk arak air dulu, pastuh baru gi mandi.. kritikal sangat, air paip pun boleh la..

oh ya, karpet biru.. haha, karpet terbang, kan aku da cerita sebelum nih.. itu aku bawak daripada rumah, daripada Puan Mama simpan bawah katil, bek aku bentang kat dalam bilik, buleh la nak buat lapik tidur bila saat2 kecemasan, nampak macam meriah, baru la anak bujang yang bagus!! haha.
ok, that's all kot.. btw, nanti kita sembang pasal pilihanraya pulak.. chiaooow!!!!

Sunday, April 17, 2011

berhati-hatilah kamu

yeahaha..

fellas, kepada wanita-wanita diluar sana terutamanya..

dikhabarkan, seekor "buaya darat" akan terlepas esok.. yea, dengarnya esok...

buaya tersebut dikatakan telah terkurung selama setahun. kali ini, beliau akan kembali dengan ganas dan lebih berbahaya.. umpannya mudah, dengan menggunakan kata-kata yang manis, tangan ke dada dan mata ke atas. ya, mungkin nampak macam biasa ja beliau nih, namun, berhati-hatilah kamu.. haha!

ingat ya, berhati-hatilah kamu, "buaya darat" ini akan mencari mangsa di mana sahaja.. perhatikan langkah nya, mungkin beliau akan menerkam mangsa tak mengira tempat dan masa..

hari yang baik

hari ni, mood aku baik..
bangun awal pagi, pukul 9, semayang subuh...
tengok bilik, alamak, bukan macam tongkang pecah, entah macam ape punya bilik entah...
langkah pertama, kumpul semua baju2 yang seminggu punya stok, bungkus dalam kain pelikat, kasi basuh guna mesin, RM2...
ok, bilik masih berterabur.. haih..
kulit koci merata, plastik makanan bersepah, habuk, debu, rambut gugur, semua ada.. nasib baik lipas ngan tikus tak sempat nak membiak.. haih..
ok, kasi kemas sama itu kertas-kertas handout, susun atas meja, done!
hurm, bersawang lak kipas nih, nak suh aku lap la 2.. ok, done!
sapu sampah, buang sampah, done!
haa, aku ada tikar terbang, macam dalam cerita Aladdin tuh, tapi yang nih x leh terbang..
amik kat bilik Fatu, dah berapa bulan duk bersemayam bawah katil dia!
kasi tepuk2 ckit itu habuk, kasi jemur, cuaca elok..
ok, bilik dah di sapu, kemas, tapi tak puas hati lagi..
amik mop dalam bilik air, haa, kasi mop bagi berkilat, baru ah macam bilik anak teruna!
olrait, setel.. perut lapar! tadi Nadir ajak kuar makan, tapi macam awal lagi, so, pukul 12 lebih, dah siap mandi, wangi, pegi makan kat depan maktab, sorang-sorang.. haha, dah biasa....
menu hari nih, nasik putih, ayam goreng rempah, sirap.. duh! terbaik! padu!
tengah elok makan, budak2 P.A yang pegi B.I.G itu hari pun mampir, nak menapau.. (eh, tapau je? xnak join?)
x pela, masing2 dengan hal masing2.. tapi diorang x sombong, sekadar bertegur sapa cuma..
ok, lepas tuh, si Izat ngan Zara pulak datang menapau.. haish, nak tapau pun, X payah la nak sergah2, nasib baik tak tercekik.. haha!
ok, siap makan, bayar, tengok hari macam nak hujan! kasi angkat itu karpet terbang, hehe.. kasi bentang kat dalam bilik.. alamak! semart la pulak bilik aku nih!!
hehe, lepak2, tengok movies sampai asar....

~dear loggers, sila kemas bilik anda sentiasa, supaya nampak kemas dan teratur, ia mencerminkan diri anda... haha.. btw, aku x lipat lagi baju2, juz sumbat dalam beg je, nanti ade masa aku lipat baju la pulak.. hehe :)

Friday, April 15, 2011

sedikit waktu sahaja lagi

ok, again, hampir genap setahun pemergian..

sikit je lagi, genap setahun, n i'll try to get some new life...

yes, it's hard to accept the lost..

suffering my self all over the year, yes.

crying all the time, almost done.

tried to commit suicide, failed.

run away from the facts n truth, they chased me all the time.

tried to find somebody else, I got no idea what to do, the ball n courage to face the failures.

luckily, i got friends, lovely family, God and faith to support me along this journey.

Thursday, April 14, 2011

si kurus



nama diberi, Afdhall Ihsan
berasal daripada Pahang (kalau X silap, hehe)
status, membujang (kot)
kenalan sejak di Sekolah Bintang..

yeahaha!!! kenalkan, ini adalah antara sahabat yang best yang Tuhan temukan untuk aku,,
asala usul perkenalan kami, sejak masuk sekolah menengah, member sekelas.. dari form 1 sampai form 5 kalau x silap.. oh, cume time form 4 je x sekelas.. haha, lama tuh..

cuma kitorang x sama 'house'.. me 'yellow' and he 'green'...

btw, lebih mesra di panggil 'Adol', bukan 'Adolf Hiter' ok.. cume kalau ade misai sejemput, mungkin nak dekat sama, haha!!

orangnya ceria, periang, happy-go-lucky, a good runner, antara sahabat yang setia, lebih suka buat hal sendiri kadang-kadang.. oh ya!! aku teringat, kadang-kadang dia bawak bekal time rehat.. haha, roti ngan coki-coki.. makan sensorang kot!!!! aku ushar dari jauh je, nak mengepau kang, cian lak, dah la beliau nih mudah terbang bila ditiup angin.. ahaks!!! sori adol!

antara kenangan yang tak buleh nak lupe, urm, banyak kot.. aku selalu mengepau dia. ape yang aku pau entah la, x brape nak ingat.. tapi, adol memang sempoi kalau ajak sembang.. kena gaya, melarat sampai ke pagi la bila di ajak melalut... boleh tahan la...

juga, ramai secret admire.. bukan lelaki, tapi perempuan-perempuan kat luar.. orang lain mungkin tengok dia macam tak de apa2, tapi sekali dia mengayat, pergh, antara yang terbaik dari ladang la.. hehe..

btw adol, thanx, sebab dapat contact balik.. ye la, kita kan x sama tempat tinggal, nak jumpa kat area KL macam kawan-kawan yang lain x mampu, nasib baik la masing-masing rajin menulis blog.. at least buleh gak tau khabar berita kn??? ada rezki, kita jumpa time Old Boys Weekend.. bila? itu kita serah kat Dia je ae..

salam dari Kedah, buat seorang sahabat yang jauh di mata, tapi masih segar dalam ingatan.. love u bro (but, i'm not gay ok!!!!)

my strong ally

haha, memperkenalkan, salah seorang member aku, rahimi...



yeahaha!!!

gambar nih aku amik daripada profile picture fb dia..

ok, nama diberi, Muhammad Rahimi bin Ruslan

asal, Dungun, Terengganu..

dipertemukan, sejak daftar masuk IPG Kampus Sultan Abdul Halim nih..

urm, orangnya sederhana, sedikit pemalu, tak kedekut ilmu, antara pendengar yang baik dan setia.

kalau ajak gi jalan-jalan, x da masalah, sebab beliau akan jadi penumpang, so, jadi GPS la selalunya..

lagi, xdak masalah kalau nak ajak nyembang, ajak main PES, ajak gi kelab malam surau, ajak melipat org, dan banyak lagi..

oh ya, antara pemberi semangat untuk aku menulis blog.. haha!!! antara soalan yang wajib tanya "wan, bilenye mung nok tulih blog?" (baca dalam loghat terengganu)

lagi, oh ya, aku panggil beliau "mi".. kadang-kadang bile balik kampung, aku terpanggil member aku 'mi' jugak, padahal nama kawan yang nak aku panggil tuh 'ijam'.. weirdo...

btw, i have many friends, including you, whom are reading right now.. i'm not being bias or what, these ideas of writing, come out by His guidance.. no offence fellas (^_^) . if He still give me chances to write about you, I'll do it.. Assalamualaikum..

kenapa

kenapa setiap kali nampak awak, perasaan jadi lain?
kenapa setiap kali nampak nama awak on9 kt gMail, jari nih cepat2 je nak klik on chat ngan awak?
kenapa setiap kali selisih dengan awak, saya tak berani nak angkat muka?
kenapa setiap kali saya tengok awak senyum, saya rasa pilu?
kenapa setiap kali saya nak bersembang dengan awak, saya jadi mengelabah, merepek tak tentu hala?
kenapa saya susah sangat nak terima kenyataan?

dan banyak lagi soalan yang saya nak tanya kat awak.

perpisahan ini, hampir setahun berlalu, saya masih di takuk yang lama.

perasaan itu masih terasa, darah yang mengalir masih segar, tidak berhenti namun tak mati,

betul, saya tak cukup bagus untuk awak.

you deserve the best, and once you choose the right man, love him with all your heart, and ask Allah for the guidance.

also, you, 'the man' that she chose, if u ever hurt her heart, or do anything that make she sad or cry, I swear, every drop of her tears, I'll slice your body into the pieces, n I'll make sure that you suffer until you die.


"Kalau orang buta berpegang pada tongkat,orang bercinta berpegang kepada janji." (Cob Nobbler, 2011, a blogger)

Monday, April 11, 2011

night

baby, you 'll never know how much i loved you.

abang...

~help me somebody~

S.O.S

Saturday, April 9, 2011

bila hati berbicara

setahun hampir berlalu..

kadang-kadang gembira, sedih, suam-suam kuku rasanya..

gembira, kerna bersama teman-teman yang tak jemu memberi sokongan..

sedih, kerna terbayang kisah lama, masih berdarah luka semalam, ditambah lagi bila malam menjelang, hari yang mendung, berselisih di jalanan, pabila berseorangan, dikala malam dipagar bintang (I used to sing "malam bulan dipagar bintang by P Ramlee" for her).

suam-suam kuku, bila senyuman itu bukan lagi untukku..

berat menanggung rindu, lelah menanti hari esok, kadang kala bertanya pada Tuhan, mengapa Kau uji aku sedemikian rupa. bukan ku x bersyukur atas kurniaan, namun, pelbagai ujian yang mendatang, rasa tak mampu menanggung semua ini..

adoi! tolonglah.. pergilah kesakitan hati.. pergi bersama angin yang lalu.. reda bersama hujan yang turun.. please.. dah nak genap setahun nih.. miserable hari-hari.. sakit wooo!!!

Friday, April 8, 2011

Bina Insan Guru #sekuel

sambungan kisah semalam.

antara quotes yang masih terngiang dalam kepala otak.

1. "kamu datang ber-camping selama 4 hari, untuk menjadi cikgu selama 35 TAHUN!" (EN. Nadri, 2011)

2. "orang perempuan, kalau kamu salah buat pilihan untuk pilih lelaki sebagai suami, kamu akan merana sepanjang hidup" (En. Nadri, 2011)

yang lain-lain, aku lupa!

Bina Insan Guru

panjang nak tulis. lama nak sembang. tak kan habis kalau nak ajak borak. banyak benda nak komen. ffuuhh...

Bina Insan Guru. a.k.a B.I.G

program 4 hari 3 malam. untuk membentuk seorang guru yang akan berkhidmat bakti selama 35 tahun (en.Nadri, 2011)

1. Penat. pegi camping mana yang tak penat. berkayak, penat berjalan kembara pegi rumah mak angkat. penat makan. penat banyak benda nak kena buat.

2. Tekanan. bekerja dalam tekanan. jujur, selalu dah buat benda-benda gini, terutamanya bila nak hantar assignment. tapi, kali ni, tekanan ditambah dengan kepenatan badan. pressure kat kepala otak, badan penat, tugasan nak kena selesaikan, pergh! terbaik. hati akan puas, kepala jadi ringan bila 'task' berjaya dengan jayanya. tapi bila hasil adalah tak seperti yang diharapkan, aku jadi down gila babi BEDURU (Iris, 2011). rasa nak commit suicide terjun dalam Tasik Beris. nasib baik la badan penat, dah x de tenaga nak gi terjun dalam tasik.

3. Seronok. dah lama tak pergi camping, rindu rasanya. 'ice-breaking', lantik ketua kumpulan, lantik penghulu,  kena berkawad, makanan yang 'sedap-sedap', aktiviti LDK, persembahan malam kebudayaan, tazkirah subuh dan maghrib, solat berjemaah, x mandi, semua ini, antara perkara wajib dalam pengisian mana-mana camping. namun, pendekatan dan cara aktiviti dijalankan selalunya berbeza. seronok! banyak benda baru yang dipelajari. banyak pengetahuan yang di-'update' dan 'upgrade'. teruja kot!!!!!

4. Friendship. camping kali nih, kelas aku (TESL) bergabung dengan kelas pengajian agama (P.A) dan kelas tamil (B.T). realiti di maktab, kalau selisih kat mana-mana, pandang gitu-gitu je. kadang-kadang buat tak perasan. lagi jahat, jeling macam nak menganjing. tak kisah la siapa pun, tapi itu daripada pengamatan aku. terutamanya bila berselisih antara lelaki dan perempuan. tapi, yang dah kenal n kamcing pun ada, bukannya semua. berbalik di kem, tiba-tiba aku jadi macam agak weird dan pelik. elok je berbual, sembang, gosip, gelak sama-sama, eh! x nampak pun situasi nih kat maktab. by the way, ini adalah perkara positif. mungkin bila dalam kumpulan yang kecil, kemesraan itu lebih terserlah. keep it on. kita boleh bersatu, cuma sebelum nih, kita masing-masing terlalu ego, perbezaan kelas membuatkan kita membina tembok pemisah yang sangat lah tebal dan tinggi. dulu, daripada kenal muka je, sekarang dah siap dapat no. henpon lagi (bukan aku), yang balik-balik je, terus add kat Facebook pun ade (bukan aku sorang je), dan lain-lain lagi. kalau lah kata tak pergi B.I.G sama-sama macam nih, sampai dah grad nanti pun haram nak bertegur sapa.

5. banyak lagi nak sembang. nanti sambung. @_@

wajah-wajah yang bersih dan suci, sebelum di bakar cahaya matahari (sunburn)

Monday, April 4, 2011

dear classmates

alhamdulillah, bertemu lagi di kalam ini.

kalian,
aku merasa terharu, gembira, menangis tak berair mata.
terima kasih.
jauh di sudut hati, aku tak pernah merasa begini.
kalian,
sesungguhnya, kalian adalah teman-teman terhebat yang pernah ku temu di perjalanan ku,
terima kasih kerana sudi melayan karenah ku,
terima kasih kerana sudi mendengar bicara ku,
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ku.

kalian,
sepanjang perjalanan ku,
aku tidak pernah membayangkan akan bertemu kalian,
tiada kata secantik bahasa,
tiada yang indah selain nada yang bergema,
tiada gambar secantik lukisan yang nak ku hadiahkan.

kalian,
pertama kali kita berjumpa,
bermacam ragam yang ku perhati,
pelbagai karenah yang ku duga,
berbeza wajah, berbeza watak, berbeza cara,
namun itulah yang menyatukan dan melengkapi kita.

kalian,
aku pernah terkasar bahasa dengan kamu,
aku pernah mengabaikan mu di saat kamu perlukan,
aku pernah tertinggi suara dan ego dengan mu,
aku banyak melakukan kesalahan kepada kalian.

kalian,
maafkan aku,
aku cuma insan biasa,
penuh dengan noda hitam dan kekhilafan,
banyak dengan kekurangan,

kalian,
hari ini aku lihat kamu semua tersenyum gembira,
penuh dengan hilai dan tawa,
bibir berbicara manis,
indah bertutur kata.

terima kasih kalian,
atas jasa dan pengorbanan mu,
moga Tuhan membalas jasa budi baikmu,
agar diberi keberkatan di sepanjang perjalanan,
semoga kita sentiasa bersama, di saat suka dan duka.

salam terima kasih dan penghargaan,
Muhammad Ridhwan bin Mohd Shokri

happy birthday ridhwan!!!!!

credit to unseparated family members, my lovely charming 'katang' single roommate Syafik, my strong ally Rahimi, tehah, n izat for their entries, beloved classmates, and kawan-kawan se-B.I.G...

today, my 20th birthday, alhamdulillah, sudah genap 20 tahun umur hamba...kepada semua kawan2 dan rakan seperjuangan.

first, thanx to mama, abah, along, angah, abg sharif, acik n ayang. i love u all until my last breath.

fellas, classmates, n all..

i got lot to share n lots to tell. THANK YOU EVERYBODY!!!!

diri ini hanya insan yang lemah, yang melukut di tepian gantang. mencari jalan kebahagiaan. mencari jalan pulang kepada-Nya.

thanx 4 the gift n cake. thanx 4 the love that all of you gave to me. thanx everybody. i never felt like this before. seriously!

insyaallah, Tuhan sahaja yang akan balas budi kalian! amin..

Sunday, April 3, 2011

ku pohon

satu hari berlalu pergi,
tidak berpaling kebelakang,
aku, masih mencari sinar mentari,
kadang-kadang terlalu memancar hingga membakar diri,
kadang-kala indah di litup awan pagi,
engkau, masih tak punya arah tuju,
mencari arah yang entah ke mana,
kesakitan, berlalu lah engkau,
jangan terus menggigit hati,
menggores secebis perasaan,
jangan terus tersimpan,
angin, bawalah ia pergi,
sejauh mungkin,
sepantas taufan,
selaju cahaya mentari,
awan, aku ingin berpesan,
lindungilah dia daripada panahan panas terik mentari,
bulan, terangilah malam-malam yang kelam,
suluh kan lah jalan ke jalan yang lurus,
Tuhan, aku bersujud kepada-Mu,
mengharap keampunan,
mencari ketenangan,
menjiwai peranan,
mengisi kekosongan,
bawa ku pulang ke jalan-Mu,
ampun kan aku Tuhan,


minggu yang sibuk

kebelakangan ini, agak sibuk.
assignment yang berterabur, semua nak kena hantar dalam masa yang terdekat.
semua nak kena buat esei sampai 10 page (X pernah terbayang ini semua).
presentation setiap minggu (my English is not a damn good like others).
budget burst.
semakin jarang tipon ke rumah.
huwaarrghhhh!!!!!

it is just a day, nothing to celebrate, nothing special, it is juz like other day. peace (^_^)

memeperkenalkan, haiwan-haiwan peliharaan aku..

madah berhelah