Friday, April 8, 2011

Bina Insan Guru

panjang nak tulis. lama nak sembang. tak kan habis kalau nak ajak borak. banyak benda nak komen. ffuuhh...

Bina Insan Guru. a.k.a B.I.G

program 4 hari 3 malam. untuk membentuk seorang guru yang akan berkhidmat bakti selama 35 tahun (en.Nadri, 2011)

1. Penat. pegi camping mana yang tak penat. berkayak, penat berjalan kembara pegi rumah mak angkat. penat makan. penat banyak benda nak kena buat.

2. Tekanan. bekerja dalam tekanan. jujur, selalu dah buat benda-benda gini, terutamanya bila nak hantar assignment. tapi, kali ni, tekanan ditambah dengan kepenatan badan. pressure kat kepala otak, badan penat, tugasan nak kena selesaikan, pergh! terbaik. hati akan puas, kepala jadi ringan bila 'task' berjaya dengan jayanya. tapi bila hasil adalah tak seperti yang diharapkan, aku jadi down gila babi BEDURU (Iris, 2011). rasa nak commit suicide terjun dalam Tasik Beris. nasib baik la badan penat, dah x de tenaga nak gi terjun dalam tasik.

3. Seronok. dah lama tak pergi camping, rindu rasanya. 'ice-breaking', lantik ketua kumpulan, lantik penghulu,  kena berkawad, makanan yang 'sedap-sedap', aktiviti LDK, persembahan malam kebudayaan, tazkirah subuh dan maghrib, solat berjemaah, x mandi, semua ini, antara perkara wajib dalam pengisian mana-mana camping. namun, pendekatan dan cara aktiviti dijalankan selalunya berbeza. seronok! banyak benda baru yang dipelajari. banyak pengetahuan yang di-'update' dan 'upgrade'. teruja kot!!!!!

4. Friendship. camping kali nih, kelas aku (TESL) bergabung dengan kelas pengajian agama (P.A) dan kelas tamil (B.T). realiti di maktab, kalau selisih kat mana-mana, pandang gitu-gitu je. kadang-kadang buat tak perasan. lagi jahat, jeling macam nak menganjing. tak kisah la siapa pun, tapi itu daripada pengamatan aku. terutamanya bila berselisih antara lelaki dan perempuan. tapi, yang dah kenal n kamcing pun ada, bukannya semua. berbalik di kem, tiba-tiba aku jadi macam agak weird dan pelik. elok je berbual, sembang, gosip, gelak sama-sama, eh! x nampak pun situasi nih kat maktab. by the way, ini adalah perkara positif. mungkin bila dalam kumpulan yang kecil, kemesraan itu lebih terserlah. keep it on. kita boleh bersatu, cuma sebelum nih, kita masing-masing terlalu ego, perbezaan kelas membuatkan kita membina tembok pemisah yang sangat lah tebal dan tinggi. dulu, daripada kenal muka je, sekarang dah siap dapat no. henpon lagi (bukan aku), yang balik-balik je, terus add kat Facebook pun ade (bukan aku sorang je), dan lain-lain lagi. kalau lah kata tak pergi B.I.G sama-sama macam nih, sampai dah grad nanti pun haram nak bertegur sapa.

5. banyak lagi nak sembang. nanti sambung. @_@

wajah-wajah yang bersih dan suci, sebelum di bakar cahaya matahari (sunburn)

No comments:

Post a Comment

madah berhelah