Friday, April 29, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada

jarak dalam lebih kurang 277Km, perjalanan mengambil masa dalam 5 jam kalau cuaca cerah termasuk isi minyak.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan petir kilat di tengah hari.

dah selamat sampai rumah. penat, ting-tong, kepala 'weng', pening, sakit-sakit badan, semua ada. bagi mengelakkan di leteri oleh Puan Mama, jangan sebut 1 benda pun perkara tersebut di hadapan beliau. faham! biarlah basah lencun berdarah macam mana sekali pun, jejak kaki je ke rumah dengan moto, senyum la selebar mungkin, hulurkan tangan, cium tangan beliau dan tadah telinga.

"amik, nak sangat balik naik motor. biar basah sampai rumah. seronok sangat la dapat mandi hujan tuh!" leter Puan Mama.

"ala ma, biar la dia, jiwa muda. kena hujan air sikit apa ada hal. janji dah selamat sampai :)" back up oleh Acik.

"tadi berenti isi minyak kat mana? hujan lebat teruk tak? motor camne, ok?" tanya Tuan Abah.

alhamdulillah, selamat sudah sampai rumah. rindu rasa.

ok, few tips for amateur riders like me. if u want to have a long distance journey.


sebelum

  1. rancang perjalanan anda. know your routes. which junction u want to take. which roads had not taken. haha!
  2. pastikan kenderaan (motosikal) dalam keadaan yang baik dan kentar. 
  3. isi minyak bagi penuh. 
  4. prepare duit yang mencukupi dan lebih. standby kalau apa2 nak jadi.
  5. air minum, roti, coklat, untuk bekalan tenaga segera.
  6. sebelum nak gerak keluar, baca doa naik kenderaan. package, mengucap sekali.
semasa
  1. relax, jangan gelabah.
  2. control speed. alert, minyak dalam tank tinggal berapa.
  3. isi minyak full sentiasa. tak rugi. dats y suruh prepare duet lebih. ada paham?
  4. selisih dengan lori treler 20 tayar? hati-hati. jaga jarak. jangan nak main cucuk2 ngan lori tuh. (mengucap banyak2 der)
  5. penat? mengantuk? letih? rilex dulu, klu naik highway, lepak kat R&R, pekena kopi tarik, nasik lemak, rokok setengah kotak, oh ya, jangan lupa semayang.! kalau perlu, mandi kasi segar sikit. itupun kalau.
dah sampai..!! hoyeh!!!
  1. ucaplah alhamdulillah. dah selamat sampai kan
worst case scenario could happen
  • hujan secara mendadak. hati2, jalan licin, kereta+lori bukan nak kira orang dah, main redah je, so, better lepak dulu bawah jambatan kt highway tuh, tak pun kat mana2 hentian or kedai makan. lepak dulu der, bagi reda sikit. ni kalau hujan ribut petir pun nak redah, agak2 la, tak sayang nyawa ke? baik stop mana2 dulu.
  • minyak habis! adoyai. lain kali, spare minyak siap2. bawak dalam 1 botol besar tuh, ape de hal, nak jalan jauh kan.
  • tayar pancit! haa, yang nih tak dapek den nak nolong nye haaa.. macam kes aku, ade pakwe-makwe nih motor diorang tayar pancit. berjalan la si makwe tadi, si pakwe tolak motor. cian pulak aku tengok si awek, aish, kang kalau aku berenti kang, angkut balik hotel pun ok gak! bil air dah lama tertunggak.. hehe..
  • dan banyak lagi perkara yang mungkin berlaku. berdoa la supaya tak de masalah yang kena. penting tuh!
  

2 comments:

  1. 2 la..len kali blik ngn bus..cm ak..nway..changkat ladA 2 mane??

    ReplyDelete
  2. tak muda ah naik bas, hehe.. saja carik pasal.. changkat leda kat Perak..

    ReplyDelete

madah berhelah