Tuesday, August 30, 2011

aidilfitri

selamat hari raya bagi kamu, yang terbaca entri ini dan yang mengenali diri. mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. oh ya, jemput datang ke majlis rumah terbuka dan pertunangan Along hari raya ke-3 ni, khamis, 1.9.2011.

*macam nak tulis panjang, tapi, masa tak berapa nak free lagi. gambar ape semua kendian la, ok My Little Sweet Cutie-Pie Princess Stalker? me missing u....

Friday, August 26, 2011

cerita puasa #12 rumah

*sekali air bah, sekali bumi berubah*

dah banyak perubahan yang berlaku kat kampung nih. mana perginya awek kedai topup cuti mid sem lepas? apa la agknye kabar dia. apsal lampu moto malap?

btw, alhamdulillah, selamat sampai sudah ke kampong halaman. some assignment dah di hantar. oh, assignment citer kendian, gua mahu berehat lebih kurang gitu.

selamat bercuti fellas :)

Wednesday, August 24, 2011

cerita puasa #11 wordless ke?


tekanan berbuat esaimen, tidur. tidur membawa aku ke alam tak berdinding yang aku tak tahu mana hujung dan pangkalnya. lantas aku tercampak ke satu tempat dan dimensi yang pernah aku lalui, dan pernah dirindui. kat sana, aku jumpa balik kawan-kawan lama yang hanya sempat aku kenal dalam 2 minggu. terlalu singkat perkenalan tuh, namun, lakaran sejarah tidak dapat dipadam begitu sahaja.

apsal pulak aku macam berpuitis nih! terjaga dari tidur, mereka hilang. aku bingung. apakah ini alamatnya yang aku tak kekal lama kat sini. entah, Tuhan lagi tahu apa akan jadi kat aku esok lusa. tapi, sebagai manusia biasa, aku rindu mereka. tengok masing-masing kat FB, semuanya dah jadi super senior. insyaallah tahun depan habis belajar, lepas tuh terus kerja, insyaallah. masing-masing bertambah kiut miut, hensem dan ada rupa. yup, tak dinafikan, nurse kat Malaysia comel2 belaka. tak caya, gi check kt nursing college.

p/s: dan aku kat sini masih berjudi dengan nasib sendiri. kalau menang, untung, kalau kalah, pergi mati.

Monday, August 22, 2011

cerita puasa #10

cerita pasal kawan.

kita dan kawan tak dapat dipisahkan. macam-macam jenis kawan ada atas muka bumi nih. yang jenis tikam belakang, yang jenis supportive, yang caring, kawan yang hensem macam aku, kawan laki, kawan pempuan, dan ramai lagi. even dengan adik-beradik pun ibarat kawan, n mak n ayah.

pepatah ada menyebut, kawan ketawa mudah di cari, kawan menangis entah kat mana. dalam hidup aku, dah macam jenis orang yang aku jumpa. boleh aku kira, semua orang kawan aku. antara kamcing dengan yang tak kamcing je.

dulu, kawan-kawan aku ramai lelaki, ye la, dah nama pun duk sekolah sejenis, tapi aku tak gay, alhamdulillah. hello, apsal stereotaip sangat nih, asal sekolah sejenis je, mesti gay, ape kt sekolah yang campur laki pempuan tuh xde jugak ke masalah suka sama sejenis? (no offense). tapi itu bukan masalahnya sekarang.

yang jadi masalah adalah macam mana kita nak pilih kawan yang betul2 kita boleh buat teman. susah woo. kalau dah sampai ke tempat yang baru, maka nampaknya kita akan dapat kawan baru. mungkin kawan baru nih bagus dan jujur dan jugak best, sama macam kawan yang lama. even kawan yang lama pun akan alami perkara yang sama, jumpa kawan baru. kawan yang baru kita adapt, kawan yang lama kita still in contact, baru ngam! baru la ukhwah fisabilillah itu mantop! tak lupa member.

even, kalau dah clash pun, berkawanlah dengan 'ex-' kita tuh. ya, tak dinafikan, perasaan cemburu, sayang, rindu, cinta tuh masih ada, terutamanya bila dia dah jumpa orang lain, dan kita masih mengharap kat dia, tapi, come on lar, be profesionale and internasionale, kesah lama tolak tepi kejap, yang penting ukhwah itu perlu di jaga. tak molek la nak bermusuh-musuh. apa barang, macam la Mesia ni besar sangat. (ayat merujuk diri sendiri)

btw, hargailah orang yang disekeliling kita. jangan sembarangan menyakiti hati orang. kalau kita boleh appreciate kawan yang sedia ada nih, tak mustahil dia pun akan appreciate kita jugak. lain orang, lain perangai, lain ragam. kalau kita menyampah dengan orang, tak mustahil, orang pun ada jugak yang menyampah dengan kita. just, jadilah insan yang baik, nanti akan ada orang-orang yang baik akan mendampingi kita, insyaallah.

p/s: kawan biar beribu, bercinta biar setia.




mati itu pasti, hidup, insyaallah (Ramlee Awang Murshid, 2010)

Sunday, August 21, 2011

cerita puasa #9

esaimen lit dah down. banyak lagi yang nak kena perabis minggu nih. tak terasa nak balik cuti raya. Acik mintak seluar jeans, lecturer mintak esaimen. 10 Ramadhan yang terakhir tiba. pejam celik, dah nak sampai ke garisan penamat. 

credit gambar kpd en.Google

p/s: to my sweet cutie-pie stalker, jaga diri molek, saya x baca blog awak dah lepas nih, harap maklum
 

Friday, August 19, 2011

cerita puasa #8

Ramadhan hampir ke penghujung. cuti pun dah hampir dekat. "bil air" esaimen masih tertunggak. pantas betul masa berlalu. tengah2 tekanan begini, teringat pulak aweks lama with the capital S (according to Teha). itu memori lama.

boleh pulak tak jadi pergi Perlis hari nih. aku dah cantek punya setting nak dating shopping, damn betul!

kita merancang, dan Tuhan merancang, tapi, yang menentukannya adalah Tuhan, bukan manusia, sebab perancangan Tuhan itu perfect.

p/s: maaf 'Cik E', I cannot make it today, one fine day, we'll meet, insyaallah.

credit gambar kepada en.Google


Wednesday, August 17, 2011

cerita puasa #7 / wordless ramadhan?


rambut, cepat la panjang, aku rindu kau...

*zaman lama yang gemilang*- Ajib, KL Gangster

cerita puasa #6 bercakap dengan bulan

aku tahu kamu ada di sana,
di satu tempat yang jauh.
aku mahu kamu kembali,
aku mahu kamu kembali.
kawan-kawan ku mengatakan aku gila,
tapi mereka tak tahu mengapa.
kau adalah segalanya,
kau adalah segalanya.
dan pabila bintang di malam hari menyalai bilik ku,
aku duduk sendiri berseorangan,
bercakap dengan bulan,
cuba untuk memanggil mu,
dengan harapan kau di sana, memanggil ku jua,
atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
oh, aku merasa seperti terkenal,
ramai orang mengatakan aku sudah gila,
ya, aku sudah menjadi gila,
tapi mereka tidak mengetahui, apa yang aku tahu,
kerana pabila matahari terbenam,
sesorang bercakap dibelakang,
ya, seseorang bercakap dibelakang,
oh, pabila bintang di malam hari menyalai bilik ku,
aku duduk sendiri berseorangan,
bercakap dengan bulan.
cuba untuk memanggil mu,
dengan harapan kau di sana, memanggil ku jua,

atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
arghhhhh!!!!!!
pernahkah kau terdengar, suaraku yang memanggil?
arghhhhh!!!!!!
kerna setiap malam,
aku bercakap dengan bulan,
masih cuba menghampiri kamu,

atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
oh,
aku tahu kamu ada di sana,
di satu tempat yang jauh.


 **********
p/s: lagu bercakap dengan bulan, oleh Saudara Bruno Mars.

Tuesday, August 16, 2011

cerita puasa #5

puasa. puasa. puasa.

nak bersajak, tidak.
nak berkhutbah, ke laut.
nak marah, xde mood.
nak merajuk, dengan sapa?
nak menangis, air mata kering sudah.
gembira, sedih, terluka dan kecewa, mungkin.
pening kepala, sakit jiwa, di mana ubatnya?
yang salah tetap salah.
sepandai tupai melompat, tapi dia tersilap berpaut pada dahan yang rapuh, ke tanah jua ia menyembah.
susun ayat bagi kemas, isi mesti padu, alibi menjadi saksi, back-up plan perlu ada.
sudah terhantuk, tak nak tengadah, pandai cover tak pe, macam la orang tak tahu sakitnya kalau kepala terhantuk.
aku sedang membuka aib orang?
naah, tidak sama sekali, membuka aib orang bukan stail aku, mungkin.
perli sape pulak tengah malam begini? pun tidak, banyak benda lain nak di buat.
terlalu semak dalam kepala otak,
terima kasih pen, kertas, korang terbaik.
harapnya aku boleh lelap malam nih.
terima kasih periuk nasik, sebab buat aku tersenyum, tengok nasik masak dengan 'jayanya'.
terima kasih Tuhan, aku masih bernafas ke saat ini.

p/s : i love u

Sunday, August 14, 2011

cerita puasa #4 rahimi

tanggal 13 Ogos 1991, lahirlah seorang putera kepada Raja dan Permaisuri yang bermastautin di sebuah daerah terpencil di Dungun, Terengganu. kelahiran yang amat di tunggu oleh Sang Raja dan Permaisuri selama 9 bulan lamanya, baby yang asyik tak sabar-sabar nak keluar sejak 7 bulan dalam kandungan lagi, maka bergembiralah Raja dan Permaisuri pada hari ini.

kelahiran Putera sulung yang amat di nanti oleh Raja dan Permaisuri serta rakyat jelata, telah di sambut meriah dengan laungan takbir dan rasa syukur kehadrat Illahi. alhamdulillah, comel sungguh Putera Raja ini. maka, telah di umumkan cuti bagi rakyat dan hamba sahaya sekalian istana, menandakan tanda syukur, Putera ini banyak membawa tuah kepada Kerajaan Raja dan Permaisuri.

diasuh, didik, disayang dan dimanja oleh Raja dan Permaisuri, namun ilmu agama tidak lupa disemat didalam diri Putera. menjelang usia remaja, ciri-ciri sebagai 'khalifah' yang akan memimpin Kerajaan pada masa akan datang sudah pun terpancar dari raut wajahnya. namun begitu, itu belum memadai. masih banyak yang perlu dipelajari dan diteroka oleh Putera. lalu, dihantarnya menyambung pelajaran ke New Zealand seberang negeri. dengan penuh ketaatan dan patuh pada arahan serta kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta, diturutkan sahaja perintah mereka.

*************

*ok, aku tak tau nak mengarut ape, btw, Hepi Besday Rahimi. 

Friday, August 12, 2011

cerita puasa #3

bazaar ramadhan kat depan Tesco Sg. Petani Utara. sejauh mata memandang. panjang betul bazzar kat sini kalau nak banding dengan yang ada kat depan IPG. lauk, macam2 ada, sebut saja. rambang mata nak pilih.

aku lihat ramai aweks pakai tudung ala-ala Hana Tajima. tudung Yuna, so yesterday, maybe. aweks yang free hair pun ramai, tapi suara garau, ergghhhh!!!!! absolutely, not my taste. haha!

macam2 strategi orang meniaga. taruk anak dara kat kaunter, yang siap pasang DJ pun ade! jual air buah je pn.. terbaik la!

sekian, terima kasih.

Tuesday, August 9, 2011

cerita puasa #anak teruna masak nasik kat asrama?

alhamdulillah, dah nak masuk hari ke-10 ramadhan. fasa pertama dah nak habis, tinggal lagi fasa kedua dan ketiga. *10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.* credit to SK Wangsa Jaya . (bajet nak bagi tazkirah tapi kena tanya en.Google, ape nak jadi dengan aku nih!)


ada rice cooker yang aku bawak balik dari rumah seminggu sebelum puasa. dan setelah seminggu bersahur dengan roti dan kaya, aku, Nadhir, Rahimi n Syafik pergi beli beras, akhirnya. merasa lah jugak nak makan nasik waktu sahur. nak makan kat kedai luar malas, jauh. so, sebelum tidur masak nasik siap-siap, bangun pukul 4, goreng nasik tuh. telur, telur masin, papadom, ikan sardin dalam tin, lada hitam dan garam tunggu masa untuk di gunakan. tugas masak bergilir-gilir. (dah macam B.I.G pun ade) 2 hari lepas Nadhir masak nasik goreng, pagi tadi turn Rahimi, esok turn aku ngan Sapik pulak, masak lauk ikan sardin kot.

aku jadi excited gila babeng. lain betul perasaan bila masak nasik sendiri. contohnya waktu bukak puasa tadi, aku masak nasik. ok, memang 20 tahun hidup nih tak pernah lagi masak nasik sendiri, kalau setakat basuh beras untuk kenduri tuh ada la sekali dua, tapi kalau bab menyukat air tuh memang aku tak pernah. sampaikan kena Nadhir bagi 'green light', dia cakap ok, baru aku masak. mana la tau, jap gi nasik jadi keras, susah lak nak hadam, nasik lembik sangat jadi 'moi' tanpa sup, konflik sungguh. tapi, bila tengok nasik tuh 'menjadi', rasa happy betul! betul2 happy!

terima kasih periuk nasik, sebab buat aku rasa happy. seriously! at least, perasaan bersalah yang menggigit jiwa diganti kejap dengan rasa happy yang periuk nasik bagi. love u periuk nasik!


*nota kaki : aku masih dihimpit rasa bersalah. masih. dan untuk kesekian kalinya, dear my sweet cutie-pie stalker, saya mintak maaf sangat2. menatap matamu dalam-dalam tak mampu lagi aku lakukan.

Monday, August 8, 2011

cerita puasa #2

motor aku kena rantai. rantai maksudnya kena ikat, bukan rantai yang menggerakkan motor. bukan motor aku sorang, motor Sapik, Apik, Mat Pen dan Kugan pun kena jugak. sebabnya, tak parking kat tempat yang sepatutnya. ok, aku admit, salah aku sebab tak parking kat belakang blok F, sebabnya aku baru balik dari tukar spoket motor, sebab kan panas, aku malas jalan jauh, so, aku parking je kat sebelah blok G. dekat dan teduh.

si Sapik, Apik, dan Mat Pen memang dah kena warning 2-3 kali sebelum nih, so, memang patut kot kalau di rantai je motor diorang. tapi motor aku ngan Kugan, tak pernah dapat warning ape, terbabit sekali. mungkin sebab kitorang parking dekat tempat yang sama, so, si Pak Gad ngan mamat yang duk lepak dalam pejabat asrama tu pun rantai la motor kitorang.

aku tanya mamat yang duk dalam pejabat asrama tuh, apsal motor aku pun babit skali, dia cakap aku dah pernah kena warning sebelum nih. %#^%$&&! bila masa. then pak gad check dalam buku rekod yang dah pernah di warning sebelum nih pun, memang takde langsung tertera AGS1944 kat dalam buku tuh.! damn!

dah la rantai waktu lepas habis waktu pejabat, dalam pukul 5 lebih. dah la aku nak kuar tadi, gi bukak puasa kat rumah sedara macam mana kalau kena rantai motor? nak suruh setel, jumpe 'En. J'. $%#^#%&! tiba2 pulak nak buat rajin. habis yang sebelum2 nih budak2 asrama selamba adab je parking merata tak pulak nak rantai? lain la kalau kata aku parking motor tuh daripada siang tadi. ni tak, tetiba je nak rantai motor aku apesal. tak bagi salam tak apa.

lagi, mamat tuh sound aku kurang ajar. bang oi, dah kau pegi rantai motor aku waktu lepas pejabat apesal.?ok, aku baru bangun tido tadi, kepala pun masih ting-tong, cakap pun nada yang agak tinggi, tapi bukan nya aku nak meninggi suara, dah suara aku besar, nak buat macam mana!?

lain kali, kalau nak amik tindakan kepada mereka yang parking motor merata, biar la bersungguh-sungguh dan istiqamah. macam solat. ini tak, kejap bagi warning, kejap tak bagi warning. pastuh tiba2 rantai motor orang, kejadah ape? betul, tegakkan keadilan, laksanakan undang-undang yang dah termaktub kat IPG nih. yang salah tetap salah, tak kisah la muka hensem macam mana pun. again, istiqamah la dalam perbuatan tuh! amar makruf nahi mungkar rite? jangan la hari nih rantai motor orang, esok kalau orang lain buat kesalahan yang sama, buat buta ja. sentiasa bertindak. cakap banyak tak guna.

fine, benda dah setel. aku buat salah, aku admit. that's it.


*lepas nih, lu rantai motor kitorang, kitorang rantai kepala lu*

Sunday, August 7, 2011



"kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. dan akibatnya adalah penyesalan. seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.."








cakap banyak pun tak guna, awak, kalau lah kata awak terbaca entri nih, again, saya mintak maaf sangat-sangat. maaf.

Thursday, August 4, 2011

penyesalan yang tak bermakna

alhamdulillah, baru setel esaimen lit. 1 down, still got more to go.

penyesalan. hidup aku penuh dengan penyesalan. "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna". aku dah menyesal sekarang, dah terlambat, kira aku dikategorikan sebagai orang yang tak guna.

aku menyesal. "kerana pulut santan binasa, kerana 1 entri pagi semalam, habis punah segalanya". memang mudah untuk kita mintak maaf bila dah buat salah. tapi kita terlupa, semudah itu kah orang mahu memaafkan kita? dan kalau aku berada di tempat dia sekali pun, aku akan buat benda yang sama. susah nak maafkan orang lepas apa yang orang buat taik kat kita. orang caci maki hamun ape segala bagai, lepas tuh mintak maaf dengan ayat berjela-jela, mana boleh dimaafkan! tak boleh! sia-sia saja usaha aku untuk memulihkan hubungan kami, walaupun tak kembali bercinta, tapi untuk menjadi kawan, aku dah gagal lagi sekali. aku terlalu mengikut kehendak Taiko. sekarang, padan muka aku!

kalau lah ada mesin masa, aku nak pergi balik ke masa silam, aku nak betulkan kesalahan aku. aku janji, aku takkan ulang balik perkara yang sama. aku berjanji akan berubah menjadi yang lebih baik. aku tak kan sakiti hati orang yang aku sangat sayang selama nih. aku janji akan jaga dia baik-baik, "ibarat menatang air yang penuh". sepenuh hati, seluruh jiwa dan raga akan aku pertahankan dia. "Tuhan, ambillah apa saja daripada aku, kecuali dia." (dialog Adam, Nur Kasih The Movie).tapi,  ini adalah lame excuse yang aku boleh bagi. loser me. merujuk perkara paling atas, menyesal sekarang tak berguna lagi.

padan muka aku. sekarang, orang yang aku sayang bukan lagi milik aku. dia milik Tuhan, itu pasti. aku tak punya hak nak memiliki sapa-sapa. kira dulu tu Tuhan bagi pinjam kejap dia untuk aku untuk aku jaga dan bimbing ke jalan yang betul, tapi aku leka di bawak arus nafsu yang membabi buta.

yang tinggal sekarang hanyalah penyesalan. menangis tak berlagu, keluar air mata darah sekalipun, dia tak mungkin maafkan aku. kalau kata aku mati pun, itu masih belum cukup. ini balasan untuk aku yang selama nih yang syok sangat dengan dunia, sampai lupa sapa Tuhan, sapa hamba. menyesal, menyesal dan terus menyesal. entah sampai bila.

Wednesday, August 3, 2011

awak, maafkan saya.

salam, awak, saya mintak maaf. saya tahu, bukan mudah untuk maafkan saya selepas apa yang saya tulis awal pagi tadi. awak, perasaan ini masih sayu, sedih, dan kecewa bersilih ganti. tiba-tiba jadi seperti orang yang hilang arah. ya, saya terlalu biarkan mengikut perasaan. selalunya, pada setiap perpisahan, akan ada kebahagiaan, macam lagu Syahir AF8. saya bersyukur, kerana awak dah temui kebahagiaan awak, dan awak tak melalui apa yang saya lalui sekarang.

awak, saya bukan nak mengemis simpati, nak mintak perhatian daripada awak atau siapa-siapa pun. sedikit pun terlintas nak meraih publisiti daripada orang ramai. sumpah! saya hipokrit, saya berlakon menjadi orang yang kononnya bahagia, ceria selalu, dan tak sedih lagi selepas perpisahan kita dahulu. tapi sebenarnya perasaan sayang itu masih ada sampai ke hari ini.

awak dah pilih jalan awak, dan saya pun amik haluan saya, tapi saya tersalah pilih jalan. mungkin awak berharap saya berubah menjadi lebih baik selepas perpisahan kita, tapi sayangnya, saya terus terkapai-kapai mencari hala tuju. jadi, wajarlah kira nya awak tak terima saya balik. diakui ramai orang, saya semakin teruk selepas perpisahan kita.

jujurnya, hati ini masih cemburu bila melihat awak dengan orang lain. even kalau dengan rakan lelaki sekelas awak pun saya masih rasa jeles. entah kenapa, bila tengok awak sembang dengan mana-mana lelaki sekalipun, hati ini rasa hangat, cemburu tak bertempat. lagi pulak kalau tengok awak pegang henpon, dan saya tahu, orang yang awak mesej2 tuh, bukanlah saya. yang lagi saya tak faham, kita kan dah takde ape2, tapi kenapa rasa cemburu tu masih ada?

entah, lepas cemburu tu, saya jadi marah. saya tak tahu sama ada yang saya marah awak, marah sendiri atau marah sesiapa. sungguh. rasa marah sangat. marah awak mungkin sebab awak dah tak amik berat pasal saya macam dulu, marah diri sendiri mungkin sebab tengok awak bahagia, tapi saya tidak. saya keliru, kompius sangat2!

awak, saya mintak maaf, kalau jiwa ini masih memburu awak. sepatutnya tak boleh lagi macam nih. ramai dah orang pesan sampai berbuih mulut supaya saya lupakan awak, tak payah lagi nak mengharap pada awak. sampai satu tahap macam dah bosan orang nak bagi nasihat. bukan saya tak dengar, bukan saya tak peduli, ada jugak saya amik nasihat diorang tuh, tapi, entah, apsal degil sangat saya nih. patut kena tembak kat kepala je.

awak, mintak maaf sangat-sangat. atas apa yang berlaku baru-baru ni, atau apa sahaja perbuatan yang telah buat awak sakit hati dekat saya selama nih. dan saya tak kisah kalau awak nak benci saya dalam-dalam, selagi itu yang terbaik pada awak. awak, mintak maaf, saya tak menjadi seorang lelaki yang awak harapkan, saya hipokrit, saya tak berubah menjadi orang yang lebih baik, maaf kan saya. saya gagal.

Tuesday, August 2, 2011

pengaruh

kepala otak dan fikiran masih belum menunjukkan tanda mahu membuat esaimen yang nak kena hataq. ape nak jadi nih? 

ada pernah sekali, Nadhir bagitaw yang dia pernah terbaca tulisan aku kat blog nih. dia cakap style yang aku tulis macam Zack Zukhairi. entah, betul ke? mungkin kot. sebab dalam hidup aku, aku terpengaruh dengan banyak benda;

1. terpengaruh nak jadi cikgu. ya, sumpah, ini bukan karier idaman aku sebelum nih. ok, belum dapat status 'cikgu' secara sah lagi, tapi dah dalam perjalanan (on the way) la nih kan? aku tengok cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu 'kool' belaka. pakai segak, berkereta sendiri, ada 'style' la orang kata. seriously! aku admire cikgu-cikgu aku kat Sekolah Bintang, tak kira penat, letih, marah, tapi diorang still treat kami macam anak2 sendiri, yang layan cam member pun ade, terbaikk!!. aku pernah terbaca yang cikgu lelaki kat Malaysia makin sikit, cikgu perempuan banyak sangat. realiti kat IPG nih pun lebih kurang la. tambah2 lagi, cikgu-cikgu kat sekolah dulu pun comel belaka, so, disebabkan aku buaya lelaki, mana tahu boleh dapat awek comel daripada kalangan cikgu? ok, fine, dulu dah dapat awek comel.

2. terpengaruh isap rokok. terlalu negatif untuk dihuraikan. pendek kata, terpengaruh ikut member dan sedara mara yang smokers. mungkin kerna di mata aku, mereka ini nampak 'kool' jugak. padahal perabih duit sendiri. damn it! (astaghfirullah, bulan puasa nih, tak baik mencarut kan?)

3. bawak motor laju. yang nih pun kira terpengaruh la jugak. tambah lagi atas highway. rasa nak 'cucuk' je motor kat depan tuh, padahal motor sendiri 110cc je, ada hati! lagi terpengaruh sebab tengok Rosyam Noor bawak motor laju-laju dalam KL Menjerit. kool babe! bawak motor laju-laju bukan ertinya aku rempit.  tak, aku gemok. tipikal rempit adalah orang yang kurus kering, pakai baju seluar ketat saiz 'S', mata kuyu. aku, jauh api dari panggang. 

4. cerita korea. alhamdulillah, setakat ini aku tak terlekat pada mana-mana cerita korea. walaupun sekarang ini fenomena K-pop sedang melanda. syukur kehadrat Illahi, aku tak terpengaruh dengan keKoreaan sebegini rupa. pada mata aku, kalau yang dalam cerita Korea tuh, yang lelaki muka super jambu sangat, kadang-kadang aku konpius yang mana laki yang mana perempuan. nama pun agak susah nak sebut. ok, fine, Teha mesti cakap aku hipokrit, sebab aku layan Wondergirls, Girls Generation dan Super Junior. woit3! ada 3 lagu korea yang betul2 aku fasih, Nobody by Wondergirl, Gee by Girls Generation n SOrry2 by Super Junior. 3 je kot! fine2, awek2 Korea pun comel kan, tapi aku lelaki, standed ah minat perempuan comel. kalau aku minat lelaki comel kan payah?

5. lagi yang pengaruhi hidup aku, Ma ngan Abah, kot. 2 insan nih adalah makhluk Tuhan yang paling best aku pernah jumpa. dek kerana 2 insan ini la aku ada kat mana aku duduk sekarang. thanx Ma, Abah, love both of u so strong. salute!

cerita puasa #1

alhamdulillah. 1 hari dilalui dengan penuh 'jayanya'. berjayakah? nasib hari nih cuti, jadi, dugaannya pun macam biasa2 mungkin (bukan cakap besar).

bangun sahur nak dekat pukul 5, nasib baik subuh agak lewat. Mak kol pun ade la dalam 4 kali, tapi waktu tu aku kat toilet, basuh cawan. makan la ape yang ade, malas betul nak keluar cari makan kat kedai, so, hadap je kopi 3 dalam 1 campur oat, roti, biskut lemau, rokok sebatang.

ramai betul orang kat bazaar depan maktab nih. campur sekali yang tak puasa la kan, itu tak jadi hal besar. lauk pun habis, kuih pun tinggal sebiji dua, maunye tak, dah pegi bazaar pukul 7, tu je la yang tinggal. last2 bergegas ke bazaar Taman Ria, not so bad, scene yang sama macam tahun sebelumnya.


terawih. berbeda dengan semayang terawih kat kampung, dekat sini di selitkan dengan tazkirah selepas terawih 4 rakaat. ok, agak baru bagi aku, dengan tazkirah waktu terawih, sebab kat kampung semua nak kejar buat 20. tapi tak jadi hal kan kalau ade tazkirah time terawih? dengar je la apa kata imam tazkirahkan.

sahur esok, insyaallah roti dengan kaya berserta kopi 3 dalam 1 campur oat. harapnya bangun awal. oh ya, perjalanan mencari roti dan kaya membawa aku ke Tesco Sg. Petani Selatan berseorangan. rileks dan tenang, kelajuan penuh dan sederhana silih berganti, langgar traffic light sebatang 2 ape ade hal, menyelit sebelah lori, kosong betul perasaan. ini bukan jiwa kacau, tapi rasa tenang, ya, tenang betul bila bawak motor laju2. nak mampos cepat ke ape?

madah berhelah