Sunday, August 14, 2011

cerita puasa #4 rahimi

tanggal 13 Ogos 1991, lahirlah seorang putera kepada Raja dan Permaisuri yang bermastautin di sebuah daerah terpencil di Dungun, Terengganu. kelahiran yang amat di tunggu oleh Sang Raja dan Permaisuri selama 9 bulan lamanya, baby yang asyik tak sabar-sabar nak keluar sejak 7 bulan dalam kandungan lagi, maka bergembiralah Raja dan Permaisuri pada hari ini.

kelahiran Putera sulung yang amat di nanti oleh Raja dan Permaisuri serta rakyat jelata, telah di sambut meriah dengan laungan takbir dan rasa syukur kehadrat Illahi. alhamdulillah, comel sungguh Putera Raja ini. maka, telah di umumkan cuti bagi rakyat dan hamba sahaya sekalian istana, menandakan tanda syukur, Putera ini banyak membawa tuah kepada Kerajaan Raja dan Permaisuri.

diasuh, didik, disayang dan dimanja oleh Raja dan Permaisuri, namun ilmu agama tidak lupa disemat didalam diri Putera. menjelang usia remaja, ciri-ciri sebagai 'khalifah' yang akan memimpin Kerajaan pada masa akan datang sudah pun terpancar dari raut wajahnya. namun begitu, itu belum memadai. masih banyak yang perlu dipelajari dan diteroka oleh Putera. lalu, dihantarnya menyambung pelajaran ke New Zealand seberang negeri. dengan penuh ketaatan dan patuh pada arahan serta kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta, diturutkan sahaja perintah mereka.

*************

*ok, aku tak tau nak mengarut ape, btw, Hepi Besday Rahimi. 

2 comments:

  1. mak aih... ak da laa lame x bukak blog mu.. btw, tq wan... ^^
    semoga tuhan akan bantu kita semua menghadapi liku2 cabaran esaimen di IPG KSAH!! hehe... InsyaALLAH...

    ReplyDelete

madah berhelah