Thursday, August 4, 2011

penyesalan yang tak bermakna

alhamdulillah, baru setel esaimen lit. 1 down, still got more to go.

penyesalan. hidup aku penuh dengan penyesalan. "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna". aku dah menyesal sekarang, dah terlambat, kira aku dikategorikan sebagai orang yang tak guna.

aku menyesal. "kerana pulut santan binasa, kerana 1 entri pagi semalam, habis punah segalanya". memang mudah untuk kita mintak maaf bila dah buat salah. tapi kita terlupa, semudah itu kah orang mahu memaafkan kita? dan kalau aku berada di tempat dia sekali pun, aku akan buat benda yang sama. susah nak maafkan orang lepas apa yang orang buat taik kat kita. orang caci maki hamun ape segala bagai, lepas tuh mintak maaf dengan ayat berjela-jela, mana boleh dimaafkan! tak boleh! sia-sia saja usaha aku untuk memulihkan hubungan kami, walaupun tak kembali bercinta, tapi untuk menjadi kawan, aku dah gagal lagi sekali. aku terlalu mengikut kehendak Taiko. sekarang, padan muka aku!

kalau lah ada mesin masa, aku nak pergi balik ke masa silam, aku nak betulkan kesalahan aku. aku janji, aku takkan ulang balik perkara yang sama. aku berjanji akan berubah menjadi yang lebih baik. aku tak kan sakiti hati orang yang aku sangat sayang selama nih. aku janji akan jaga dia baik-baik, "ibarat menatang air yang penuh". sepenuh hati, seluruh jiwa dan raga akan aku pertahankan dia. "Tuhan, ambillah apa saja daripada aku, kecuali dia." (dialog Adam, Nur Kasih The Movie).tapi,  ini adalah lame excuse yang aku boleh bagi. loser me. merujuk perkara paling atas, menyesal sekarang tak berguna lagi.

padan muka aku. sekarang, orang yang aku sayang bukan lagi milik aku. dia milik Tuhan, itu pasti. aku tak punya hak nak memiliki sapa-sapa. kira dulu tu Tuhan bagi pinjam kejap dia untuk aku untuk aku jaga dan bimbing ke jalan yang betul, tapi aku leka di bawak arus nafsu yang membabi buta.

yang tinggal sekarang hanyalah penyesalan. menangis tak berlagu, keluar air mata darah sekalipun, dia tak mungkin maafkan aku. kalau kata aku mati pun, itu masih belum cukup. ini balasan untuk aku yang selama nih yang syok sangat dengan dunia, sampai lupa sapa Tuhan, sapa hamba. menyesal, menyesal dan terus menyesal. entah sampai bila.

No comments:

Post a Comment

madah berhelah