Tuesday, August 2, 2011

cerita puasa #1

alhamdulillah. 1 hari dilalui dengan penuh 'jayanya'. berjayakah? nasib hari nih cuti, jadi, dugaannya pun macam biasa2 mungkin (bukan cakap besar).

bangun sahur nak dekat pukul 5, nasib baik subuh agak lewat. Mak kol pun ade la dalam 4 kali, tapi waktu tu aku kat toilet, basuh cawan. makan la ape yang ade, malas betul nak keluar cari makan kat kedai, so, hadap je kopi 3 dalam 1 campur oat, roti, biskut lemau, rokok sebatang.

ramai betul orang kat bazaar depan maktab nih. campur sekali yang tak puasa la kan, itu tak jadi hal besar. lauk pun habis, kuih pun tinggal sebiji dua, maunye tak, dah pegi bazaar pukul 7, tu je la yang tinggal. last2 bergegas ke bazaar Taman Ria, not so bad, scene yang sama macam tahun sebelumnya.


terawih. berbeda dengan semayang terawih kat kampung, dekat sini di selitkan dengan tazkirah selepas terawih 4 rakaat. ok, agak baru bagi aku, dengan tazkirah waktu terawih, sebab kat kampung semua nak kejar buat 20. tapi tak jadi hal kan kalau ade tazkirah time terawih? dengar je la apa kata imam tazkirahkan.

sahur esok, insyaallah roti dengan kaya berserta kopi 3 dalam 1 campur oat. harapnya bangun awal. oh ya, perjalanan mencari roti dan kaya membawa aku ke Tesco Sg. Petani Selatan berseorangan. rileks dan tenang, kelajuan penuh dan sederhana silih berganti, langgar traffic light sebatang 2 ape ade hal, menyelit sebelah lori, kosong betul perasaan. ini bukan jiwa kacau, tapi rasa tenang, ya, tenang betul bila bawak motor laju2. nak mampos cepat ke ape?

3 comments:

  1. selamat berpose weyh.. jgn ponteng,, haha

    ReplyDelete
  2. org bujang berpuasa, eh macam sama je bujang..kahkah

    ReplyDelete
  3. adol : ko pn jangan suke2 je ponteng..

    cikgu shahnun : haha, saya lama lagi nak membujang, dengar cerita puasa kali nih cikgu last nak puasa sorang2, betul ke? muahaha!

    ReplyDelete

madah berhelah