Tuesday, August 9, 2011

cerita puasa #anak teruna masak nasik kat asrama?

alhamdulillah, dah nak masuk hari ke-10 ramadhan. fasa pertama dah nak habis, tinggal lagi fasa kedua dan ketiga. *10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.* credit to SK Wangsa Jaya . (bajet nak bagi tazkirah tapi kena tanya en.Google, ape nak jadi dengan aku nih!)


ada rice cooker yang aku bawak balik dari rumah seminggu sebelum puasa. dan setelah seminggu bersahur dengan roti dan kaya, aku, Nadhir, Rahimi n Syafik pergi beli beras, akhirnya. merasa lah jugak nak makan nasik waktu sahur. nak makan kat kedai luar malas, jauh. so, sebelum tidur masak nasik siap-siap, bangun pukul 4, goreng nasik tuh. telur, telur masin, papadom, ikan sardin dalam tin, lada hitam dan garam tunggu masa untuk di gunakan. tugas masak bergilir-gilir. (dah macam B.I.G pun ade) 2 hari lepas Nadhir masak nasik goreng, pagi tadi turn Rahimi, esok turn aku ngan Sapik pulak, masak lauk ikan sardin kot.

aku jadi excited gila babeng. lain betul perasaan bila masak nasik sendiri. contohnya waktu bukak puasa tadi, aku masak nasik. ok, memang 20 tahun hidup nih tak pernah lagi masak nasik sendiri, kalau setakat basuh beras untuk kenduri tuh ada la sekali dua, tapi kalau bab menyukat air tuh memang aku tak pernah. sampaikan kena Nadhir bagi 'green light', dia cakap ok, baru aku masak. mana la tau, jap gi nasik jadi keras, susah lak nak hadam, nasik lembik sangat jadi 'moi' tanpa sup, konflik sungguh. tapi, bila tengok nasik tuh 'menjadi', rasa happy betul! betul2 happy!

terima kasih periuk nasik, sebab buat aku rasa happy. seriously! at least, perasaan bersalah yang menggigit jiwa diganti kejap dengan rasa happy yang periuk nasik bagi. love u periuk nasik!


*nota kaki : aku masih dihimpit rasa bersalah. masih. dan untuk kesekian kalinya, dear my sweet cutie-pie stalker, saya mintak maaf sangat2. menatap matamu dalam-dalam tak mampu lagi aku lakukan.

2 comments:

madah berhelah