Wednesday, August 3, 2011

awak, maafkan saya.

salam, awak, saya mintak maaf. saya tahu, bukan mudah untuk maafkan saya selepas apa yang saya tulis awal pagi tadi. awak, perasaan ini masih sayu, sedih, dan kecewa bersilih ganti. tiba-tiba jadi seperti orang yang hilang arah. ya, saya terlalu biarkan mengikut perasaan. selalunya, pada setiap perpisahan, akan ada kebahagiaan, macam lagu Syahir AF8. saya bersyukur, kerana awak dah temui kebahagiaan awak, dan awak tak melalui apa yang saya lalui sekarang.

awak, saya bukan nak mengemis simpati, nak mintak perhatian daripada awak atau siapa-siapa pun. sedikit pun terlintas nak meraih publisiti daripada orang ramai. sumpah! saya hipokrit, saya berlakon menjadi orang yang kononnya bahagia, ceria selalu, dan tak sedih lagi selepas perpisahan kita dahulu. tapi sebenarnya perasaan sayang itu masih ada sampai ke hari ini.

awak dah pilih jalan awak, dan saya pun amik haluan saya, tapi saya tersalah pilih jalan. mungkin awak berharap saya berubah menjadi lebih baik selepas perpisahan kita, tapi sayangnya, saya terus terkapai-kapai mencari hala tuju. jadi, wajarlah kira nya awak tak terima saya balik. diakui ramai orang, saya semakin teruk selepas perpisahan kita.

jujurnya, hati ini masih cemburu bila melihat awak dengan orang lain. even kalau dengan rakan lelaki sekelas awak pun saya masih rasa jeles. entah kenapa, bila tengok awak sembang dengan mana-mana lelaki sekalipun, hati ini rasa hangat, cemburu tak bertempat. lagi pulak kalau tengok awak pegang henpon, dan saya tahu, orang yang awak mesej2 tuh, bukanlah saya. yang lagi saya tak faham, kita kan dah takde ape2, tapi kenapa rasa cemburu tu masih ada?

entah, lepas cemburu tu, saya jadi marah. saya tak tahu sama ada yang saya marah awak, marah sendiri atau marah sesiapa. sungguh. rasa marah sangat. marah awak mungkin sebab awak dah tak amik berat pasal saya macam dulu, marah diri sendiri mungkin sebab tengok awak bahagia, tapi saya tidak. saya keliru, kompius sangat2!

awak, saya mintak maaf, kalau jiwa ini masih memburu awak. sepatutnya tak boleh lagi macam nih. ramai dah orang pesan sampai berbuih mulut supaya saya lupakan awak, tak payah lagi nak mengharap pada awak. sampai satu tahap macam dah bosan orang nak bagi nasihat. bukan saya tak dengar, bukan saya tak peduli, ada jugak saya amik nasihat diorang tuh, tapi, entah, apsal degil sangat saya nih. patut kena tembak kat kepala je.

awak, mintak maaf sangat-sangat. atas apa yang berlaku baru-baru ni, atau apa sahaja perbuatan yang telah buat awak sakit hati dekat saya selama nih. dan saya tak kisah kalau awak nak benci saya dalam-dalam, selagi itu yang terbaik pada awak. awak, mintak maaf, saya tak menjadi seorang lelaki yang awak harapkan, saya hipokrit, saya tak berubah menjadi orang yang lebih baik, maaf kan saya. saya gagal.

6 comments:

  1. babe.. lama sangat kot 'time' nk heals nya... hopefully it works....

    ReplyDelete
  2. jangan lah tembak diri sendiri

    ReplyDelete
  3. cikgu, saya betul2 rasa menyesal. kalau lah ada mesin masa, kan bagus.

    ReplyDelete
  4. mmg lame.
    and time tu xkan pernah cukup.
    tp xde choice kan?
    mmg kena tipu dr sendiri and move on.

    ReplyDelete
  5. tapi babe, guwa memang tengah menyesal gila babas nih.. *maybe i will write about it later, hopefully, insyaallah"

    ReplyDelete

madah berhelah