alhamdulillah. sana sini orang semua duk sibuk wish "ahlan wasahlan ya ramadhan", sama ada kat FB, Twitter, blog dan banyak lagi. pak USTAZ pun giat berceramah dan tazkirah tentang kehebatan ramadhan di surau-surau dan masjid-masjid. dekat sini, abam-abam dan akak-akak BADAS pun melakukan perkara yang sama, menyampaikan dakwah-dakwah tentang best-nya Ramadhan.
aku dalam hal-hal ilmu agama nih, agak cetek kalau nak banding USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS, dan orang lain. ape yang aku dapat input selama nih, itu la yang aku tahu. niat puasa, qiamullail, lailatulqadar, dan yang lebih kurang. jap gi kalau sembang lebih pasal hal-hal nih, tersasar pulak aku. ramai lagi orang yang lebih tahu tentang Ramadhan nih daripada aku, contohnya USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS. so kalau korang rasa nak tambah ilmu lebih pasal nih, roger aku, sebab aku pun nak tambah ilmu jugak.
ramadhan lepas menjadi saksi, aku isap rokok kurang daripada 5 batang dalam tempoh sebulan tuh. diulang, LIMA BATANG. ye, nafas baru bermula ramadhan, tapi elok je raya, da jadi 'naga' balik. haa, sape2 bising kat mak aku pasal aku isap rokok, aku jentik dahi!
btw, aku tak rasa kerja2 berdakwah ni terletak pada pundak USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS sahaja. siapa yang berilmu dan umat yang beriman wajib melakukan dakwah (betulkan kalau aku salah). tapi aku cetek dan dangkal ilmu, so, aku berdakwah kat diri sendiri je dulu boleh tak?
nanti ah sambung, tulis panjang-panjang pun bukan nye ade orang nak baca. muahaha! selamt berpuasa semua!
Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 30, 2011
DUHAI SUAMIKU, AKU REDHA MENJADI ISTERIMU
nota : ini telah di-copy dan paste drpd blog Cikgu shahnun tanpa ijin mahupun permisi, maaf cikgu.
Ketika Allah Menjadi Alasan Paling Utama
Bismillahir-Rahmanir-Rahim....
Kepada yang ingin menikah tapi sampai sekarang belum menikah, kepada yang sering berdoa dipertemukan dengan jodohnya tetap belum dipertemukan, kepada para pasangan yang sudah ingin menikah tetapi belum dimuluskan jalannya menuju pernikahan, ada baiknya surat dibawah ini menjadi renungan bersama. Surat yang ditulis oleh seorang istri kepada suaminya. Selamat membaca… dan merenung ;)
Suamiku, ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan untuk menerima pinanganmu dan berpasrah ketika kau berkehendak menyegerakan pernikahan kita.
Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan dengan siapa aku akan menikah. Aku tidak banyak ragu tentang dirimu, kau jemput aku di tempat yang Allah suka, dan satu hal yang pasti, aku tidak ikut mencampuri ataupun mengatur apa-apa yang menjadi urusan Allah. Sehingga aku dinikahi seorang lelaki shalih, tegar, dan menjadi komitmenku berbakti kepada suami.
Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berusaha sekuat tenaga untuk tidak melihat segala kekurangan suamiku. Dan sekuat tenaga pula, aku mencoba membahagiakan dia. Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka menitis air mataku saat melihat segala kebaikan dan kelebihan suamiku, yang rasanya sulit aku tandingi. Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka akupun berdoa, Ya Allah, jadikan dia, seorang lelaki syurga, suami dan ayah anak-anakku, yang dapat menjadi jalan menuju syurga-Mu. Amin.
Telah menjadi azamku, kalau Allah menjadi alasan paling utama untuk menikah, maka seharusnya tidak ada lagi istilah, mencari yang cocok, yang ideal, yang menggetarkan hati, yang mententeramkan jiwa, yang…..yang.…yang……dan 1000 “yang”…… lainnya….. Kerana semua itu baru akan muncul justru setelah melewati jenjang pernikahan. Niatkan semua karena Allah dan harus yakin kepada Sang Maha Penentu segalanya.
Ketika usiaku 20 tahun, aku sudah memiliki niat untuk menikah, meskipun hanya sekadar niat, tanpa keilmuan yang cukup. Kerana itu, aku meminta jodoh kepada Allah dengan banyak kriteria. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.
Ketika usiaku 21 tahun, semua orang-orang yang ada di sekelilingku, terutama orang tuaku, mulai bertanya pada diriku dan bertanya-tanya pada diri mereka sendiri. Maukah aku segera menikah atau mampukah aku menikah? Dalam doaku, aku kurangi permintaanku tentang jodoh kepada Allah. Rupanya masih terlalu banyak. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.
Ketika usiaku 22 tahun, aku bertekad, bagaimanapun caranya, aku harus menikah. Saat itulah, aku menyedari, terlalu banyak yang aku minta kepada Allah soal jodoh yang aku inginkan. Mulailah aku mengurangi kriteria yang selama ini menghambat niatku untuk segera menikah, dengan bercermin pada diriku sendiri.
Ketika aku minta yang tampan, aku berpikir sudah cantikkah aku?
Ketika aku minta yang cukup harta, aku berpikir sudah cukupkah hartaku?
Ketika aku minta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku?
Bahkan ketika aku minta yang soleh, bergetar seluruh tubuhku sambil berpikir keras di hadapan cermin, sudah solehahkah aku?
Ketika aku meminta sedikit….. Ya Allah, berikan aku jodoh yang sehat jasmani dan rohani dan mau menerima aku apa adanya, masih belum ada tanda-tanda Allah akan mengabulkan niatku.
Dan ketika aku meminta sedikit…sedikit…sedikit…lebih sedikit….. Ya Allah, siapapun lelaki yang meminangku langsung kuterima ajakannya untuk menikah tanpa banyak bertanya, beerti dia jodohku. Dan Allah-pun mulai menujukkan tanda-tanda akan mengabulkan niatku untuk segera menikah. Semua urusan begitu cepat dan mudah aku laksanakan. Alhamdulillah, ketika aku meminta sedikit, Allah memberi jauh lebih banyak. Kini, aku menjadi isteri dari seorang suami yang berilmu, bijaksana, dan menerimaku apa adanya.
munajat cinta
bagi aku, dan kamu-kamu yang sedang/sudah putus cinta, bagi yang kecewa kerna cinta, bagi yang menangis kerna tinggal/ditinggalkan kerna cinta, this song for u, for me especially
Thursday, July 28, 2011
cerita bola
aku tak berapa nak kenal player bola Malaysia. hari nih, second leg versus Singapore. keputusannya, Malaysia gagal ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. dan aku yakin, kejap lagi kalau bukak Sokernet n Sokerleaks, mesti banyak lagi review lebih detail dan lanjut pasal perlawanan malam nih.
walaupun aku bukanlah seorang kaki bola, tapi semangat menyokong pasukan tersemat dalam jiwa aku. aku akui, aku tak pernah tengok game bola secara 'live' kat stadium, tapi pressure dekat stadium tuh aku boleh rasa. contohnya tadi, aku tengok bola kat bilik tv, bukan aku sorang je, tapi budak2 laki asrama, sekali ngan pak guard pon join. waktu Malaysia score gol first, semua orang bersorak!!! kuat dan penuh semangat. waktu keeper, Khairul Fahmi Che Mat dapat save bola, semua bertepuk tangan. serius! itu baru kat bilik tv, kalau kat kedai kopi atau mapley, lagi kecoh ya amat.
hakikatnya kini, Malaysia gagal melangkah ke pusingan seterusnya. ramai yang kecewa, memang ramai. aku sebagai orang yang langsung tak de kena mengena dalam arena bola sepak Malaysia pun terasa kesedihan. banyak suara sumbang akan kedengaran. banyak hati-hati akan berpaling daripada menyokong pasukan anak tempatan selepas ini. aku merasakan, jumlah penyokong ke stadium untuk menyokong pasukan Malaysia mungkin berkurangan. aku kata 'mungkin', harapnya tidak. menang atau kalah, kita patutnya bersama. bukan bila menang kita puji, bila kalah kita keji. ini kita tak mahu. semangat sayangkan negara perlu kuat tak kira apa yang jadi. sokonglah mana-mana team yang bawak nama Malaysia. menang atau kalah, kita patut merasa bangga dan sokong atlet negara kita sendiri.
sayangkan negara tak bermakna kita patut kekalkan pemimpin-pemimpin yang korup. enough said.

cerita menangis
juz finished Nur Kasih The Movie. honestly, manly tears burst... huwargghh!!!! antara cerita Melayu yang membuatkan aku menangis selepas cerekarama 'Cinta Si Penggali Kubur' dan cerita hindustan 'Khabi Kushi Khabi Gham'. ok fine, aku lelaki sensitif. woit3!, salah ke kalau laki nangis?
banyak faktor kenapa kita menangis. sudah tentu, menangis kerna sedih, kecewa, berduka, dan juga gembira. menangis juga adalah salah satu cara bagi aku mengurangkan stress dan beban dalam kepala otak.
banyak cara untuk menangis. ada yang menangis sorang2, ada jugak menangis kat bahu orang bak kata omputih, "u can cry on my shoulder". aku ada cara sendiri untuk menangis. aku menangis dalam bilik air, waktu mandi. dahulu, djaman aku form 1, hari pertama pendaftaran, selepas family aku balik, aku gi mandi, tiba2 aku menangis. tapi tak kuat sangat bunyi, sebab cover dengan bunyi shower. haha!
menangis air mata, semua orang boleh tahu. tapi menangis dalam hati, tak siapa boleh jangka.
*siapa tahu seorang yang hari-harinya penuh dengan senyuman, macam tak de masalah je, sebenarnya sedang menangis?

Wednesday, July 27, 2011
cerita marah
salah faham menjadi punca. ketidakadilan berlaku. tekanan di tahap kemuncak. tangan dan kaki terasa sangatlah ringan. peluh2 jantan mula menitik. suara-suara lantang kedengaran. pertelingkahan dan perselisihan faham berlaku. darah menyirap naik ke kepala.
tiada siapa menjangka perkara akan jadi sebegini teruk akan terjadi. semua yang dirancang tidak berjalan seperti yang dirangka. terkejut. marah. kecewa. menangis. terasa di lubuk hati yang paling dalam. manusia merancang, Tuhan merancang, tapi Tuhan yang menetapkan apa yang akan berlaku, kerna Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia. memang, manusia akan menyalahkan Tuhan, kerna Tuhan tak tunaikan seperti apa yang kita minta. kita mahu Tuhan ikut telunjuk kita.
astaghfirullah, ini mungkin agak keterlaluan. apabila perasaan marah terlalu menguasai diri, manusia hilang pertimbangan. marah itu ibarat api, dan syaitan juga dijadikan daripada api. apabila api bergabung dengan api, maka semakin maraklah ia. semakin berjogetlah syaitan kerna manusia jadi lupa diri, lupa Tuhan dek kerna perasaan marah menguasai jiwa dan sanubari. subhanallah, Maha Suci Allah, sesungguhnya manuisa adalah insan yang lemah. tak akan pernah terlepas daripada berbuat sebarang kesalahan.
aku tak nak jual nama Tuhan untuk menutup kesalahan diri. aku tak guna nama Tuhan untuk memikat mana-mana hati. aku bercakap mewakili pihak diri sendiri. aku tak salahkan mana-mana pihak tentang konflik yang telah melanda baru-baru nih. sejujurnya, aku sedang berkata-kata dengan diri sendiri kala ini.
bukan aku tak pernah marah sesiapa. bukan aku tak pernah dimarah oleh sesiapa. aku jadi marah sebab tekanan. aku akan jadi cepat marah bila dalam keadaan kelam kabut. aku pernah pukul orang sebab marah. aku pernah kehilangan sahabat-sahabat akibat marah. aku pernah menangis apabila kena marah. pertimbangan rasional susah dibuat tika marah pada tahap kemuncak.
maka banyaklah hati-hati yang terluka dek kerna marah ini. sama ada si pemarah mahupun yang kena marah. dan sudah tentu, impak nya lebih terasa oleh orang yang kena marah. kesannya mendalam, meninggalkan luka yang berdarah, dan rasa yang mencengkam ke tulang hitam. permusuhan tercetus. rasa tidak puas hati membuak-buak. cakap-cakap belakang berkumandang. caci maki, hina dan keji semuanya terkeluar. jika pertelingkahan yang berlaku adalah sesama rakan terdekat, yang bermain di minda ialah perasaan benci. saat tawa dan suka ria tidak terlintas sedikit pun. seterusnya, masing-masing menjauh, dan meminimakan komunikasi. sama ada komunikasi lisan, mata ataupun sebagainya. sebolehnya dah tak nak tengok muka masing-masing lagi dah.
situasi ini berlaku di mana sahaja. ini realiti. dan aku bukanlah insan yang terbaik untuk mengolah lebih lanjut tentang hal ini. aku mohon kemaafan, jika ada yang terasa hati, ada yang bosan panjang tulisan berjela nih. penyelesaian pada permasalahan ini, mungkin akan aku sembang pada masa mendatang, insyaallah.
"tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca", tapi aku tahu antara yang baca entri ini adalah kamu; "the sweet cutie-pie stalker" :p

sweet cutie-pie stalker
entri ini mungkin akan menimbulkan rasa mual2 kepada beberapa orang yang terbaca, dan aku merasakan antaranya ialah code name 'M', 'T' dan 'N'. tapi itu tak mengapa, jika rasa jelik dan mual, sila tutup browser anda, saya tak punya masalah sama kamu. (ini macam ala2 ayat Cikgu Syahnun je!)
beberapa hari kebelakangan, hati aku terdetik, merasakan diri aku diperhati seseorang. ok, Tuhan sentiasa memerhati kita, namun kali ini perasaan itu berlainan. (apsal cam jiwang pulak aku nih!).
aku yakin, kamu sebagai seorang insan yang bergelar manusia pernah di 'stalk' oleh seseorang. mungkin djaman kamu sekolah, mungkin juga di tempat kerja mahupun di mana-mana. rasa kurang senang bukan? rasa macam ada orang duk follow kita sepanjang masa, tapi kita tak tahu siapa. rasa insecure pun ada. oh, dan menurut firasat aku, stalker dan hacker punya perbedaan.
tapi nak buat macam mana. mungkin bersebab kenapa sesorang itu 'stalk' kita. menurut pengalaman aku sebagai bekas seorang 'buaya', aku stalk orang atas minat. contohnya aku pernah men-stalk aweks yang cantik. aku stalk sebab aku tak berani berhadapan face-to-face dengan mereka. aku rasa gugup dan tak tahu nak buat apa bila dah ada depan mata. so, aku stalk la aweks ini. ok fine, ini agak loser namanya, kira agak syok sendiri. mungkin agak pervert, tapi aku tak harm aweks nih. aku ushar dari jauh je. bila aku merasai yang aweks nih macam dah ada pakwe, so aku stop stalk, mungkin kerna kecewa dan aku tak kacau aweks orang der, tapi aku berpeluang untuk stalk orang lain pulak. muahaha!
"Sono stato stupido, perché è ancora radicato nel mio cuore"

Sunday, July 24, 2011
cerita sembang
banyak perkara berlaku kebelakangan ini. terlalu panjang untuk ditaip satu per satu. mungkin akan meleret, tapi, guwa berpegang pada kata-kata "tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca". baiklah,
1. baru pulang ke kampung halaman minggu lepas. ada kenduri kesyukuran sikit, Pak Njang buat sempena masuk rumah baru, alhamdulillah. guwa nak beli rumah tak mampu, tapi guwa sudah memasang citu-cita, insyaallah.
2. pakwe along beli kereta baru, semalam hantar gi stesen bas Manjung pun naik kereta beliau. alhamdulillah, itu rejki beliau, guwa menumpang sahaja. dan guwa pun masih tak berkemampuan nak berkereta sendiri, tapi guwa sudah memasang cita-cita untuk berkereta sendiri, insyaallah.
3. dalam esok lusa ada IU Day (International Day). kejadah ape nye IU Day aku tak pasti. dengar cerita ianya sumthing bout hari persefahaman antara-bangsa. macam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kot. takpe, itu kemudian cerita. dan guwa terlibat untuk persembahan nasyid. fuh, last perform nasyid secara serius adalah djaman guwa form 1 di Sekolah Bintang dahulu. hurmm, memori.
4. beberapa hari nih guwa asyik mendengar lagu nasyid, mungkin kerna bulan Ramadhan bakal tiba, jadi guwa merasakan kurang sesuai kalau guwa masih melayan lagu-lagu 'keras' seperti Radiohead atau Queen, adapun lagu-lagu yang terlalu memuja wanita dan lagha di bulan yang mulia. jadi, antara pililhan lagu nasyid guwa adalah Kasihku Abadi oleh In-Team. ia ada sedikit kena mengena dengan kisah hidup guwa mungkin.
5. ok, cukup kot, nanti taip lagi. also, to her, i would like to wish gud luck and chaiyok banyak-banyak dalam menempuh kehidupan baru, and may Allah blessing u with what you are dreaming and looking for. :) ameen.

Monday, July 18, 2011
I would like to say...
perjalanan Teratai Layu Di Tasik Madu NC (TLDTMNC)berakhir di suku akhir. kesilapan GK tak boleh dimaafkan, walaupun dia manusia. tak puas hati. Bachap FC tak patuh pada schedule yang ditetapkan, iaitu lambat ke netball court pada waktu yang ditetapkan, akhirnya players TLDTMNC moral down, perlawanan sengaja dilengahkan pihak lawan, ini sengaja kerana mereka sudah pun habis kelas pada 1 tengah hari tadi, so tiada alasan untuk lewat! TLDTMNC patut diberi kemenenagan percuma!
2. DSLR Nikon D3000, ini bukan guwa yang punya, guwa tolong belikan untuk Angah. so, sementara belum bertukar hak milik, ijinkan aku untuk melaram sesuka hati. kalau ada yang kata 'alah, baru beli dah nak poyo'. i would like 2 say, 'macam la aku nak amik gambaq hang!'.
3. kereta control. ini pun guwa beli minggu lepas. ada yang kata 'ek eleh, mcm budak2'. i would like to say 'aku beli menatang nih tak mintak duet kat hang walau sekupang pon!'.
4. hensem. ada orang kata 'seriously, kau adalah makhluk Tuhan yang paling hensem kat IPG nih'. i would like to say 'terima kasih'. -> ok, sila muntah dan bunuh guwa selepas membaca statement ini. HAHAHAHAHA!

Saturday, July 16, 2011
kehilangan
بسم الله الرØمن الرØيم
alhamdulillah, selesai sudah program B.I.G (Bina Insan Guru) untuk sem ini. berbeda dengan B.I.G sem lepas, kali nih gabungan kelas Tesl P2P dan P2N bersama melawat ke Asrama Anak Yatim Kg. Che Bema, Sg. Petani, Kedah.
2. anak2 ini mesra tapi agak malu-malu kucing. masakan tidak, semuanya lelaki, yang datang pulak ramai kakak daripada abang, masing2 blushing. macam djaman guwa di sekolah dulu, tapi anak2 ini lebih mengerti apa itu kesusahan dan keperitan.
3. guwa mohon, agar Tuhan senantiasa melindungi anak2 ini. aku yang sentiasa mengeluh kerna tak dapat apa yang aku mintak daripada Abah dan Mama, namun aku terlupa kerna ada antara anak2 ini yang tidak pernah melihat kedua orang tua mereka.
4.kepada kamu yang terbaca entri ini, bersamalah kita menghargai kedua-dua orang tua kita, kerna mereka tiada galang gantinya. dan jika ada antara mereka yang sudah pergi mendahului kita, guwa berdoa, dan kamu pun berdoa, agar roh mereka ditempatkan bersama para Anbia dan golongan orang yang soleh dan solehah, insyaallah, amin.
Friday, July 15, 2011
1. alhamdulillah, baru pulang dari Sg. Karangan, Kulim, Kedah. ada kursus KK sikit. semua berjalan lancar. banyak input baru. maka itu akan guwa jadikan sebagai pedoman dan menjadi insan yang lebih baik.
2. sekali lagi dipanjatkan kesyukuran pada-Nya, selesai sudah pembacaan novel Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid.kesudahan yang tak disangka, namun terdetik perasaan tidak puas hati, seakan masih tertanya, kenapa sehingga begitu sekali terjadi. guwa ingat macam nak buat book review, tapi mungkin tidak kali ini. btw, jika kamu adalah peminat setia Ramlee Awang Murshid, ataupun pernah membaca novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi, maka sudahilah dengan sekuel yang kelima, Sutera Bidadari.
3.tetiba guwa merasakan bahasa yang guwa guna pakai nih lain macam. seperti dipengaruh oleh sesuatu, namun tak bisa diterjemah akal. itu adalah kekhilafan guwa sebagai hamba-Nya.
4. maaf fellas, tiba-tiba guwa ketandusan idea. salam.

Monday, July 11, 2011
pabila abam2 bermain bola jaring
1. pertama kali main netball secara serius. first game kalah, second game menang. agak berbeda antara permainan netball dan basketball. alhamdulillah, players cepat adapt situation. sedikit kelam kabut dan reff pun pening kepala. pengalaman baru. tak sangka, penat jugak main netball.
2. alkisah djaman dahulu kala, mama sama along dan angah antara player netball yang disegani. darah netball itu mengalir dalam vena dan arteri aku (betul ke ape aku sebut nih?). along dan angah masing2 mewakili negeri Perak kalau tak salah. Mama, uhm, hebat jugak beliau.
3. terima kasih tak terhingga kepada gadis-gasdis supporters terutamanya. sanggup turun awal sejak permulaan sampai pengakhiran permainan. cheers all along the games. The coaches, Munir, Teha, Mas, Izat, Sha, dan dah tentu 'Awak' serta ramai lagi coaches. tak tersangka tunjuk ajar daripada coaches sangatlah membantu. love u all so strong.
4. gambaq, itu tanggungjawab Izat, Teha dan Mas untuk meng-upload.
5. ada rezki, sembang lagi. see ya fellas.. salam

Sunday, July 10, 2011
9 Julai 2011, elaun IPG aku masuk.
9 Julai 2011 jugak, ada "perhimpunan mega" kat KL.
kenapa elaun IPG masuk pada 9 Julai? sebab kalau elaun tuh masuk awal, kami2 nih akan punya wang untuk beli tiket untuk ke KL join itu perhimpunan. ini teori guwa.
sebagai seorang insan marhaen yang prihatin pada perkembangan semasa, guwa macam terpanggil untuk berkata-kata. ok, guwa tak punya background yang padu untuk sembang hal politik. guwa tak rajin upload informasi yang ada dalam kepala otak guwa pasal politik. yang guwa dapat tahu hal politik ini semua, melalui blog2 yang guwa baca. honestly, surat khabar memang dah lama gila tak beli. walaupun kat koperasi ada jual Utusan Malaysia ngan Kosmo pada harga student, still guwa tak beli. kalau beli paper pun, guwa belek hal sukan dengan hiburan.
guwa rasa macam tak kena je bila nak sembang pasal hal politik. means to say, what is happening in Malaysia's politic scene. guwa macam terikat. sebagai salah seorang pemegang Biasiswa Kerajaan Malaysia (ini menurut Tn. Pengarah), adakah menjadi 1 dosa besar pabila aku ingin menyuarakan kritikan aku pada pentadbiran kerajaan? adakah guwa bakal di sumbat ke I.S.A kalau cakap banyak hal2 politik gini? adakah guwa akan menjadi ibarat anjing yang menggigit selepas di beri makan? adakah guwa akan dikira sebagai kacang lupakan kulit setelah beratus ribu elaun yang kerajaan bagi yang dah guwa perabis?
guwa dilema. guwa emo. bila orang cerita pasal hal politik yang berlaku kat negara guwa sendiri. apa yang patut guwa buat sebagai seorang student? kompius guwa, kompius. Tuhan jugak tahu, siapa betul dan siapa yang salah. kalau buat baik, Tuhan balas baik. kalau buat jahat, tapi Tuhan tak balas2 jugak, kat akhirat nanti Dia balas. muahahahaha! (yang aku gelak nih apasal? sengal...)

Saturday, July 9, 2011
bangun pagi, tengok rumate, oh, tgh tido.. bagus2..
check HP, Ika hntr msg "elaun da masuk :-) - 8.30 a.m " check jam sekarang pukul 10.45 a.m, gila awal si Ika ni bangun.
mesej2 ngan ika lebih kurang, cicah biskut sama air kopi IndoMix campur ngan susu tepung tambah Oat, pasang lagu pada volume sederhana, mencemarkan udara lebih kurang, g mandi.. sejuk woo mandi pagi2.. even kat rumah mandi tengah hari, kat sini boleh la pulak aku mandi pagi2..
Apik masuk bilik, disusuli Ayep.. macam2 plan ade.. Apix nak bikin moto, Rahimi nak g Village Mall, Fathu nak follow Ayep ngan Sapik pegi Penang nak beli kasut kat Komtar, dan yang paling di nantikan masing2 ialah KFC (-_-)".
so, ke mana hala tuju guwa lepas nih? tengok ah dulu. tak nak cakap banyak, bukan ada orang nak dengar pun.

Friday, July 8, 2011
credit to cik Ika 4 the broadband.. hehe..
elaun tak masuk lagi fellas.. OMG, makin kurus la aku kalu gini.. please lah, mengapa begini sekali penyeksaannya? letih woo.. tapi alhamdulillah la, boleh nak selang mkn nasik ngan megi... sabo je la..
Thursday, July 7, 2011
1. kertas kerja untuk B.I.G kali ke-2 sudah diluluskan oleh tn.Pengarah IPG.. alhamdulillah.. counting days, arrange untuk makan2, dan boleh kerjakan B.I.G.. hopefully semuanya berjalan lancar.
2. semester yang mencabar kali nih. banyak sungguh group works. banyak benda nak kena present. literasi, numerical, BMK dan lain2. entah sape ahli kumpulan aku pun tak tahu. berterabur semua.
3. bilik masih bersepah. baju2 tak dilipat, langsung. yang mana sempat di-hanger-kan aje. sangatlah tak teratur kehidupan sem nih. nota2 sem lepas berterabur bawah katil. boleh tak aku nak recycle je semua?
4. lepas habis paper semalam, dan sejak sebelum tuh lagi, rasa tak sedap hati. macam tak lama je nak duduk kat sini. kalau itu yang sudah tertulis, apa kan daya.
5. siol. dah setahun lebih 'menduda'. ok fine, hidup single pun not bad. tapi asyik bercinta dengan moto je, mana boleh tahan doe! aku rasa aku menghidap halusinasi. lol. such a loser. cakap dengan bayang2.
6. main hoki utk GERKO. tak semudah yang disangka. ok, nampaknya kena beli stick yang lebih panjang, agak2 ade jual ke untuk yang saiz aku? letih woo nak membongkok. agak2 camne la Sultan Azlan Shah main hoki masa baginda muda remaja dulu? btw i salute baginda. body masih tough. tak macam beberapa rakan sejawat baginda, gemok! (jangan report polis, mampos aku kena tahan I.S.A, tak pun kena buang negeri, diam2 sudaa..)
7. tulis panjang2 nak buat ape, bukannya ada orang bace pon. me loser. syok sendiri ah siol..

Wednesday, July 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)