Saturday, July 16, 2011

kehilangan

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, selesai sudah program B.I.G (Bina Insan Guru) untuk sem ini. berbeda dengan B.I.G sem lepas, kali nih gabungan kelas Tesl P2P dan P2N bersama melawat ke Asrama Anak Yatim Kg. Che Bema, Sg. Petani, Kedah.

2. anak2 ini mesra tapi agak malu-malu kucing. masakan tidak, semuanya lelaki, yang datang pulak ramai kakak daripada abang, masing2 blushing. macam djaman guwa di sekolah dulu, tapi anak2 ini lebih mengerti apa itu kesusahan dan keperitan.

3. guwa mohon, agar Tuhan senantiasa melindungi anak2 ini. aku yang sentiasa mengeluh kerna tak dapat apa yang aku mintak daripada Abah dan Mama, namun aku terlupa kerna ada antara anak2 ini yang tidak pernah melihat kedua orang tua mereka.

4.kepada kamu yang terbaca entri ini, bersamalah kita menghargai kedua-dua orang tua kita, kerna mereka tiada galang gantinya. dan jika ada antara mereka yang sudah pergi mendahului kita, guwa berdoa, dan kamu pun berdoa, agar roh mereka ditempatkan bersama para Anbia dan golongan orang yang soleh dan solehah, insyaallah, amin.

3 comments:

  1. ckg shahnun : maaf jika tersinggung rasa, tak berniat apa2...

    mighah : baguslah..

    ReplyDelete

madah berhelah