Sunday, July 31, 2011

cerita puasa #intro

alhamdulillah. sana sini orang semua duk sibuk wish "ahlan wasahlan ya ramadhan", sama ada kat FB, Twitter, blog dan banyak lagi. pak USTAZ pun giat berceramah dan tazkirah tentang kehebatan ramadhan di surau-surau dan masjid-masjid. dekat sini, abam-abam dan akak-akak BADAS pun melakukan perkara yang sama, menyampaikan dakwah-dakwah tentang best-nya Ramadhan.

aku dalam hal-hal ilmu agama nih, agak cetek kalau nak banding USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS, dan orang lain. ape yang aku dapat input selama nih, itu la yang aku tahu. niat puasa, qiamullail, lailatulqadar, dan yang lebih kurang. jap gi kalau sembang lebih pasal hal-hal nih, tersasar pulak aku. ramai lagi orang yang lebih tahu tentang Ramadhan nih daripada aku, contohnya USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS. so kalau korang rasa nak tambah ilmu lebih pasal nih, roger aku, sebab aku pun nak tambah ilmu jugak.

ramadhan lepas menjadi saksi, aku isap rokok kurang daripada 5 batang dalam tempoh sebulan tuh. diulang, LIMA BATANG. ye, nafas baru bermula ramadhan, tapi elok je raya, da jadi 'naga' balik. haa, sape2 bising kat mak aku pasal aku isap rokok, aku jentik dahi!

btw, aku tak rasa kerja2 berdakwah ni terletak pada pundak USTAZ-USTAZ, abam dan akak BADAS sahaja. siapa yang berilmu dan umat yang beriman wajib melakukan dakwah (betulkan kalau aku salah). tapi aku cetek dan dangkal ilmu, so, aku berdakwah kat diri sendiri je dulu boleh tak?

nanti ah sambung, tulis panjang-panjang pun bukan nye ade orang nak baca. muahaha! selamt berpuasa semua!

7 comments:

  1. "makcik, mai baca entry anak makcik ni."
    Hahahahaaha! Gelak kejam.

    ReplyDelete
  2. woi3!! jangan berani2 kau Mas..!!! aku cekik kau karang, batal puasa.. muahahaha!

    ReplyDelete
  3. selamat berposa smua !

    *this time, make it less than five ? hee :)

    ReplyDelete
  4. muahaha.. selamat berposa jugak zat....

    *hopefully zat, hopefully.. :)

    ReplyDelete
  5. ahaahahaha! no henfon pon x pe >>:D

    ReplyDelete

madah berhelah