salah faham menjadi punca. ketidakadilan berlaku. tekanan di tahap kemuncak. tangan dan kaki terasa sangatlah ringan. peluh2 jantan mula menitik. suara-suara lantang kedengaran. pertelingkahan dan perselisihan faham berlaku. darah menyirap naik ke kepala.
tiada siapa menjangka perkara akan jadi sebegini teruk akan terjadi. semua yang dirancang tidak berjalan seperti yang dirangka. terkejut. marah. kecewa. menangis. terasa di lubuk hati yang paling dalam. manusia merancang, Tuhan merancang, tapi Tuhan yang menetapkan apa yang akan berlaku, kerna Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia. memang, manusia akan menyalahkan Tuhan, kerna Tuhan tak tunaikan seperti apa yang kita minta. kita mahu Tuhan ikut telunjuk kita.
astaghfirullah, ini mungkin agak keterlaluan. apabila perasaan marah terlalu menguasai diri, manusia hilang pertimbangan. marah itu ibarat api, dan syaitan juga dijadikan daripada api. apabila api bergabung dengan api, maka semakin maraklah ia. semakin berjogetlah syaitan kerna manusia jadi lupa diri, lupa Tuhan dek kerna perasaan marah menguasai jiwa dan sanubari. subhanallah, Maha Suci Allah, sesungguhnya manuisa adalah insan yang lemah. tak akan pernah terlepas daripada berbuat sebarang kesalahan.
aku tak nak jual nama Tuhan untuk menutup kesalahan diri. aku tak guna nama Tuhan untuk memikat mana-mana hati. aku bercakap mewakili pihak diri sendiri. aku tak salahkan mana-mana pihak tentang konflik yang telah melanda baru-baru nih. sejujurnya, aku sedang berkata-kata dengan diri sendiri kala ini.
bukan aku tak pernah marah sesiapa. bukan aku tak pernah dimarah oleh sesiapa. aku jadi marah sebab tekanan. aku akan jadi cepat marah bila dalam keadaan kelam kabut. aku pernah pukul orang sebab marah. aku pernah kehilangan sahabat-sahabat akibat marah. aku pernah menangis apabila kena marah. pertimbangan rasional susah dibuat tika marah pada tahap kemuncak.
maka banyaklah hati-hati yang terluka dek kerna marah ini. sama ada si pemarah mahupun yang kena marah. dan sudah tentu, impak nya lebih terasa oleh orang yang kena marah. kesannya mendalam, meninggalkan luka yang berdarah, dan rasa yang mencengkam ke tulang hitam. permusuhan tercetus. rasa tidak puas hati membuak-buak. cakap-cakap belakang berkumandang. caci maki, hina dan keji semuanya terkeluar. jika pertelingkahan yang berlaku adalah sesama rakan terdekat, yang bermain di minda ialah perasaan benci. saat tawa dan suka ria tidak terlintas sedikit pun. seterusnya, masing-masing menjauh, dan meminimakan komunikasi. sama ada komunikasi lisan, mata ataupun sebagainya. sebolehnya dah tak nak tengok muka masing-masing lagi dah.
situasi ini berlaku di mana sahaja. ini realiti. dan aku bukanlah insan yang terbaik untuk mengolah lebih lanjut tentang hal ini. aku mohon kemaafan, jika ada yang terasa hati, ada yang bosan panjang tulisan berjela nih. penyelesaian pada permasalahan ini, mungkin akan aku sembang pada masa mendatang, insyaallah.
"tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca", tapi aku tahu antara yang baca entri ini adalah kamu; "the sweet cutie-pie stalker" :p
No comments:
Post a Comment