aku tak berapa nak kenal player bola Malaysia. hari nih, second leg versus Singapore. keputusannya, Malaysia gagal ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. dan aku yakin, kejap lagi kalau bukak Sokernet n Sokerleaks, mesti banyak lagi review lebih detail dan lanjut pasal perlawanan malam nih.
walaupun aku bukanlah seorang kaki bola, tapi semangat menyokong pasukan tersemat dalam jiwa aku. aku akui, aku tak pernah tengok game bola secara 'live' kat stadium, tapi pressure dekat stadium tuh aku boleh rasa. contohnya tadi, aku tengok bola kat bilik tv, bukan aku sorang je, tapi budak2 laki asrama, sekali ngan pak guard pon join. waktu Malaysia score gol first, semua orang bersorak!!! kuat dan penuh semangat. waktu keeper, Khairul Fahmi Che Mat dapat save bola, semua bertepuk tangan. serius! itu baru kat bilik tv, kalau kat kedai kopi atau mapley, lagi kecoh ya amat.
hakikatnya kini, Malaysia gagal melangkah ke pusingan seterusnya. ramai yang kecewa, memang ramai. aku sebagai orang yang langsung tak de kena mengena dalam arena bola sepak Malaysia pun terasa kesedihan. banyak suara sumbang akan kedengaran. banyak hati-hati akan berpaling daripada menyokong pasukan anak tempatan selepas ini. aku merasakan, jumlah penyokong ke stadium untuk menyokong pasukan Malaysia mungkin berkurangan. aku kata 'mungkin', harapnya tidak. menang atau kalah, kita patutnya bersama. bukan bila menang kita puji, bila kalah kita keji. ini kita tak mahu. semangat sayangkan negara perlu kuat tak kira apa yang jadi. sokonglah mana-mana team yang bawak nama Malaysia. menang atau kalah, kita patut merasa bangga dan sokong atlet negara kita sendiri.
sayangkan negara tak bermakna kita patut kekalkan pemimpin-pemimpin yang korup. enough said.
No comments:
Post a Comment