Tuesday, August 2, 2011

pengaruh

kepala otak dan fikiran masih belum menunjukkan tanda mahu membuat esaimen yang nak kena hataq. ape nak jadi nih? 

ada pernah sekali, Nadhir bagitaw yang dia pernah terbaca tulisan aku kat blog nih. dia cakap style yang aku tulis macam Zack Zukhairi. entah, betul ke? mungkin kot. sebab dalam hidup aku, aku terpengaruh dengan banyak benda;

1. terpengaruh nak jadi cikgu. ya, sumpah, ini bukan karier idaman aku sebelum nih. ok, belum dapat status 'cikgu' secara sah lagi, tapi dah dalam perjalanan (on the way) la nih kan? aku tengok cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu 'kool' belaka. pakai segak, berkereta sendiri, ada 'style' la orang kata. seriously! aku admire cikgu-cikgu aku kat Sekolah Bintang, tak kira penat, letih, marah, tapi diorang still treat kami macam anak2 sendiri, yang layan cam member pun ade, terbaikk!!. aku pernah terbaca yang cikgu lelaki kat Malaysia makin sikit, cikgu perempuan banyak sangat. realiti kat IPG nih pun lebih kurang la. tambah2 lagi, cikgu-cikgu kat sekolah dulu pun comel belaka, so, disebabkan aku buaya lelaki, mana tahu boleh dapat awek comel daripada kalangan cikgu? ok, fine, dulu dah dapat awek comel.

2. terpengaruh isap rokok. terlalu negatif untuk dihuraikan. pendek kata, terpengaruh ikut member dan sedara mara yang smokers. mungkin kerna di mata aku, mereka ini nampak 'kool' jugak. padahal perabih duit sendiri. damn it! (astaghfirullah, bulan puasa nih, tak baik mencarut kan?)

3. bawak motor laju. yang nih pun kira terpengaruh la jugak. tambah lagi atas highway. rasa nak 'cucuk' je motor kat depan tuh, padahal motor sendiri 110cc je, ada hati! lagi terpengaruh sebab tengok Rosyam Noor bawak motor laju-laju dalam KL Menjerit. kool babe! bawak motor laju-laju bukan ertinya aku rempit.  tak, aku gemok. tipikal rempit adalah orang yang kurus kering, pakai baju seluar ketat saiz 'S', mata kuyu. aku, jauh api dari panggang. 

4. cerita korea. alhamdulillah, setakat ini aku tak terlekat pada mana-mana cerita korea. walaupun sekarang ini fenomena K-pop sedang melanda. syukur kehadrat Illahi, aku tak terpengaruh dengan keKoreaan sebegini rupa. pada mata aku, kalau yang dalam cerita Korea tuh, yang lelaki muka super jambu sangat, kadang-kadang aku konpius yang mana laki yang mana perempuan. nama pun agak susah nak sebut. ok, fine, Teha mesti cakap aku hipokrit, sebab aku layan Wondergirls, Girls Generation dan Super Junior. woit3! ada 3 lagu korea yang betul2 aku fasih, Nobody by Wondergirl, Gee by Girls Generation n SOrry2 by Super Junior. 3 je kot! fine2, awek2 Korea pun comel kan, tapi aku lelaki, standed ah minat perempuan comel. kalau aku minat lelaki comel kan payah?

5. lagi yang pengaruhi hidup aku, Ma ngan Abah, kot. 2 insan nih adalah makhluk Tuhan yang paling best aku pernah jumpa. dek kerana 2 insan ini la aku ada kat mana aku duduk sekarang. thanx Ma, Abah, love both of u so strong. salute!

3 comments:

madah berhelah